Kerabu Kacang Botol

Hi korang! Lama dah rasanya tak kongsikan resepi. Sejak semalam lagi Kak Bell boring di rumah tak tahu nak buat apa. Jadi, harini merajinkan diri memasak di dapur. Pada 2 minggu lepas Kak Bell ada pergi wedding event di Pullman Lakeside Putrajaya. Makanannya semua sedap termasuklah kek dan pastri. Salah satu menu malam tu adalah kerabu paru dan kacang botol. Memang sedap sangat! Tu yang gigih harini nak buat sendiri sebab biasanya Kak Bell tak berapa gemar kerabu ni.

Kacang botol atau kacang kelisa ni buat ulam pun sedap. Makan dengan budu pun sedap! Puaslah mencari kacang botol di AeonBig dan Jusco Mid Valley. Tiada yer! Umat manusia dahla ramai nak shopping Xmas kan. Akhirnya kedai Acheh bawah rumah ni jugak yang ada. Itu pun dah sendu kacangnya. Asalkan masih boleh di makan, kita sebat ajelah ye. Nah resepinya Kerabu Kacang Botol Kak Bell.


Bahan A
10 biji kacang botol
7 biji limau nipis (diperah, ambil jusnya)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 batang serai (dihiris nipis)
Sedikit garam

Bahan B (bahan kisar)
2 biji cili merah
10 biji cili api
5 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering (direndam lembut)
1 sudu serbuk belacan

Untuk kacang botol tu cuci bersih dan potong sesuka hati. Tapi eloklah potong kecil-kecil. Namapun kerabu kan. Belacan tu pulak, memang ada yang serbuk. Cari je kat pasaraya ada.

Bahan A

Bahan B

Serbuk belacan

Cara membuatnya:
1) Dah siap bahan hiris dan kisar, satukan semua bahan- bahan tadi dalam satu mangkuk besar.
2) Masukkan air perahan limau tadi dan perasakan dengan sedikit garam.
3) Gaul sebati dan kalau nak perasakan dengan sedikit gula pun boleh
4) Sedia dihidangkan.

Senang ajekan? Bukan nak kena masak atas api pun. Memanglah sedap yer kerabu kacang botol ni. Pedasnya pun lite2 je di pinggir bibir. Mesti korang cantik lepas makan kerabu ni tau! Have a try. K Bye.



CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us