Worth Every Penny At Deli PORTOFINO

Hi korang!! Sessi makan-makan kali ni ialah di Deli PORTOFINO, Kelana Jaya. Dengar nama pun macam restoren Itali je kan. Susah benau nak menyebutnya! Masuk je kedai tengok ada menu nasi lemak!! Actually, kedai ni jual makanan tempatan sebagai main menu dan terdapat juga western food. Tak kisahlah nak jual apa pun kan uolss, yang penting sedap! Ye tak?


Deli PORTOFINO ni rupanya sebuah restoren di bawah My Hero Hypermarket. Kat Hero TTDI pun ada kedai ni, ingatkan kedai yang berbeza. Baru perasan sebab tengok tax invoice bawah My Hero Hypermarket. Harga makanan kat sini, memang berbaloi sangatlah dengan hidangan dorang. Bagi yang student tu, boleh dapatkan student price untuk set nasi lemak + minuman atau set mee rebus + minuman. Macam biasalah, tunjuk student card kat cashier ye!



Kat cawangan KJ ni tempatnya convenient. Setiap kali datang mesti ramai je orang. Tengah sibuk-sibuk kita ambil gambar, tetibe adik staff kat situ cakap "akak, boss tak bagi ambik gambar". Erkk! Hey ikut suka akak la nak snap picture. Kalo tak leh, baik ko buat private aje kedai ni kan. Orang tertentu je boleh masuk!! Tapi tak ada lah akak nak meroyan. Walhal kita dah siap amek gambar dah pun. Hujung-hujung, adik tu yang serve dan hantarkan semua order kita kat meja. Baikk sangat staff tu. TQ!


Ni menu kat sini yang terpampang, tergantung kat depan kaunter cashier dorang. Macam-macam ada, pilih je. Semua sedap! Namanya pun terbelit-belit lidah nak menyebutnya!

Menu deli PORTOFINO


So far, kat sini Kak Bell dah rasa nasi lemak, mee rebus, mee siam, chicken chop dan pizza. Semuanya sedap!! Seriously sedap, tak rugi datang makan sini. Pizza dia pun meriah, dahlah medium size, topping mewah, cuma RM14 aje uols! Nasi lemak dia pun not bad. Suka sambalnya yang sedap! Let's tengok apa kitaorang dah order kay.

Mee Siam RM6.30

Mee Rebus RM6.30

Nasi Lemak Ayam Merah RM6.90

Nasi Lemak Sotong RM6.90

Lasagna RM13

Pepperoni Pizza RM14

Pollo e Lananas Pizza RM14

Braciola di Pollo aka Chicken Chop RM16

Meriah keju dia..kalah pizza hut!


Nak cari kedai ni senang aje. Cari je Hero Hypermarket atau Giant Kelana Jaya. Memang tak rugi duit korang kalau datang makan kat sini. Kenyang sangat sampai tak larat nak makan semua. Mbak Suri pun gigih datang makan sensorang kat sini. May be tak dapat tahan nak rasa keenakan mee siamnya kot! Hihi. Akak nak lari setempat sekejap ye! Dalam 50 minit! Harap-harap kalori terbakar! K Bye!


deliPORTOFINO
3, Jalan SS 6/12, SS 6, 
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Phone : +6016-661 6050
Hours : 9AM–9PM



CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us