Rizqin Steamboat & Grill

Hi korang! Last week, Kak Bell pergi bersteamboat di Rizqin Steamboat & Grill. Actually ni kali ke-2 kak Bell datang sini. First time haritu on April 2016. Kawan akak si Milenia Marissa tu dah jenuh dah makan kat sini. Dah banyak kali ajak datang tapi jauh nau nak datang nya pun! Hihi. Jalan raya of course la jammed sebab on road after 7pm. Pepandaila pakai the fastest road ek. Akhirnya sampai jugak kat sini, sesat jugak ye walaupun pakai waze. Hiks. If korang nak tengok 1st Rizqin bukak mula-mula haritu, boleh klik sini > Don't Judge a Book By Its Cover!! Let's Makan2 Di Rizqin Steamboat & Grill


Datang haritu pada hari biasa dan tak ramai sangatlah orang. So, bolehlah akak melantak macam2 kan! Btw, ada nampak pembaharuan kat Rizqin Steamboat ni. Untuk harga still affaordable macam dulu, just naik RM1 je untuk harga bagi orang dewasa. Kategori yang lain masih kekal harganya.

Dewasa : RM19.50/pax
Warga Emas : RM15/pax
Kanak2 atas 5 tahun : RM9/pax
Kanak2 bwh 5 tahun : Free


Untuk minuman, dessert dan frozen food, semua dah letak kat bahagian bawah. So, tak adalah bahagian atas untuk bahan-bahan basah/fresh tu sesak dengan para pengunjung.



Frozen food & dessert area

Last time, masa Kak Bell pergi ada ice-cream pop. Kali ni tak nampak pulak. Roti jala yang sedap tu pun dah tak ada. Huhu.



Hari ni, masak pakai stove cam gini pulak. Iols tak melantak banyak pun sebab berdua aje pun yang makan. 2x tambah je dah tak larat. Nanti kita bawak bas, baru ramai sikit boleh datang makan!




Untuk bahan perapan (marinate) kat Rizqin, memang masih sama macam dulu. Still sedap dan meletop! Memang Kak Bell ambik daging dengan lamb ajelah. Seafood pun ada, tapi hilang ke mana pulak gambarnya.






Seriously, memang tak rugilah kalau korang datang makan kat sini. Kawan2 Kak Bell jauh2 pun datang bawak famili dorang tau. Repeat lagi makan kat sini! Semua makanan dan service masih bagus macam dulu. Nak info lebih lanjut, layari FB page Rizqin kat sini kay > Rizqin Steamboat n Grill.

No 6&7, Gerai MBSB Jalan Kebun,
Seksyen 30 Shah Alam
Dibuka Selasa~Ahad
6.00pm-12.00am


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us