Paprik Seafood Thai

Hi semua! Okey harini dapur i berperang masak paprik seafood. Ingatkan ada sebeban udang dan sotong. Rupanya adalah sekawan udang je. Takpelah yg penting sayur- sayuran tu yang penting! Kebetulan duit cukup2 je buat beli sos cili dan sos tomato sebab tak ada cash! Btw, tetap kena lah temanya paprik seafood ni. Kalau nak gantikan ayam pun boleh. So, jadilah paprik ayam! Lets mulakan..


 Bahan A
Udang & sotong
1/2 batang lobak merah
6 batang kacang panjang
Kobis bunga
Cendawan sisir
1 biji lada hijau
1 biji lada merah
5 biji cili api (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan B
4 sudu sos tomato
5 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 biji limau kasturi (ambil jus)
Sedikit air
Minyak masak
Garam dan gula secukupnya




Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili api, halia dan serai sampai wangi.


2) Masukkan lobak merah yang dah dihiris dan kacang panjang kacau seketika.
3) Kemudian masukkan cili merah, cili hijau, cendawan dan kobis bunga


4) Bila dah sedikit layu, masukkan semua bahan B, daun limau purut dan tambahkan sedikit air.
5) Masukkan perahan limau kasturi dan boleh masukkan seafood
6) Apabila mendidih, perasakan masakan sesuka hati dan boleh tutupkan api.

Paprik kak bell harini warna hitam sebab pakai kicap pekat. Kalau nak warna merah tak payah letak kicap yer. Ikut cara lain pun boleh. Asalkan semua di campakkan ke dalam kuali dan masak yer! Sekian dahulu dari dapur Kak Bell. Bye.

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us