Jagung Rebus Ekspress

Hi uolss. Kaedahnya dah balik kerja tengah malam so perut lapar. Nak turun ke kedai memanglah malas..nak menanak nasik apatah pula kan! Kebetulan pula housemate Kak Bell bawak jagung dari kampung. So, makan jagung rebus lah ceritanya tengah2 malam ni ha. Tak koserlah nak buat jagung yang cheese dengan susu yg viral tu. Rebus biasa saje! Tak payah ajarpun korang tau camne nak rebus kan?

  
Btw, tak semua jagung tu manis. Ada yg letak gula tapi kita nak rasa manis semulajadi jagung tu barulah syok kan! Ok bahan2 nya:

Jagung
Air secukupnya
Garam

Cara- caranya:
1) Kerat jagung bahagian hujung dan pangkal. Kalau nak jagung tak kecut dan segar, just rebus je skali dengan kulitnya. Tapi iols da malas, teros je rebus jagung yang dah di botakkan.
2) Masukkan jagung dalam periuk dan isi air sampai paras jagung tenggelam. Gula tak payah tambah sebab nak rasa asli semulajadi.
3) Tambahkan garam. Nak tambah masa memula rebus boleh dan nak tambah masa air dah mendidih pun boleh.
4) Rebus tak perlu lama. Agak2 air rebusan dah kuning, jagung dah masak boleh matikan api!


Okay dah siap! Makan dengan marjerin je uols! Tak muak ke jagung cheese tu yer? Nanti kak bell try kay! Byeee.

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us