Ikan Sardin Fresh Masak Kari

Hi uolss. Resepi harini Kak Bell masak kari ikan sardin. Bukan sardin tin ye! Kita pakai sardin fresh! Ada pulak sekawan sardin yang dok lama sangat berborak dalam peti sejuk kan. So, kita temukan dalam kuali berenang-renang pulak yer. Dah siap masak tadi, sempat lah photoshot kejap. Sedang elok je pusing masuk bilik, tetiba dengar kuali berdentum! MasyaAllah! Satu kuali dah terbalik ke lantai gara2 Cik Putih nak makan ikan sardin! Terus la mak dia ni mengaum, halilintar semua keluar! Memang kena bantai la jawabnya! Then, nak kena mandikan pulak budak yang dah bermandikan kari tu pulak. So penatt! Tak ada rezeki Kak Bell arini. Sabar ajelah kan. Lets tengok resepi teros sebab penat mengemop lantai! Tak de kata dah nak di bebelkan. Hiks


Bahan-bahan:
3 ekor ikan sardin
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia (dihiris)
1 paket kari ikan
2 sudu kari daging
2 sudu serbuk cili
Kacang panjang
2 biji lada hijau
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 sudu air asam jawa
Setengah kotak santan
Sedikit air untuk kuah
Minyak untuk menumis
Garam

 Kisar semua bahan

Cara memasak:
1) Tumis bawang besar, bawang merah, putih, halia dan rempah 3 sekawan sampai naik bau
2) Masukkan rempah kari, kari daging, serbuk cili yang dah di bancuh dalam air dan air asam jawa. Masak sampai naik minyak yer rempah tadi.


3) Tambahkan air untuk kuah. Ikut suka banyak mana kuah yang korang nak. Biarkan mendidih seketika dan masukkan kacang panjang dan cili hijau yang dah dipotong.


4) Bila sayur dah sedikit layu, masukkan santan dan ikan sardin. Perasakan dengan sedikit garam.


Dah masak semua bolehla tutup api. Yang penting Kak Bell gigih masak semula kari ni letak sotong pulak! Tema gigih sebab lapar. K bye.

CONVERSATION

2 comments:

luqman zakaria said...

helok jer bawang yang dikisar tuh! guna chopper tuh eh? hehe

Bella Jamal said...

Aah yet.Pakai Tefal manual chopper tu luqy

Instagram

Follow Us