Singgang Ikan Selar

Hi korang! Tetibe teringin lak makan ikan singgang. Sepanjang hidup, ni lah pertama kali buat singgang. Masa kecik2 dulu rajinlah makan masakan ni. Kebetulan tak berapa nak sihat sebab batuk dan demam, jadi sesuai sangatlah makan makanan yang tak berminyak dan berkuah. Kalau tak nak letak kunyit pun boleh. Jadilah singgang putih aje. Ikan tu boleh je pakai ikan kembong dan tambah bendi. Ni resepi paling mudah dalam dunia kay. Campak- campak dan biar je atas api. Kalau failed tak taulah iols nak cakap apa kat korang kan!


Bahan A
3 ekor ikan selar
2 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Air

Bahan B (bahan hiris)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai (dititik)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji cili padi

Cara membuat:
1) Masukkan semua bahan B (bahan hiris) ke dalam periuk (tanpa tumis).


2) Masukkan air dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan garam dan asam keping.
3) Masukkan ikan dan kacau seketika.
4) Tambah yang mana kurang, dah sedap bolehlah tutup api.


Makan dengan nasi panas sambil hirup kuahnya memang sedap! Masam2 manis gitu rasanya. Selera sangat akak makan sampai tak tinggal kat orang belakang! Pedas pun lite2 je. Bolehlah kalau kekasih hati korang sakit, masakkan singgang ni tau. K selamat memasak!



CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us