Resepi Ayam Masak Kicap Sedap

Hi korang!! Lama pulak rasanya tak hapdate. Dah alang2 memasak so post ajelah resepi kat sini ek! Macam biasalah, hajat di hati nak buat masakan lain tapi lain pulak jadinya. Memula kak bell nak cuba buat gulai ayam masak darat. Sebabkan tak ada santan, so jadilah ayam masak kicap aje! Senang dan simple je resepinya pun. Esok2 la iols try buat gulai darat tu ye.


Bahan A
5 potong bahagian ayam (dikunyitkan)
1 bawang besar dihiris
2 biji lada hijau
2 biji cili api merah (diketuk)
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
4-5 sudu kicap manis
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
4 biji tomato ceri
Garam
Minyak

Bahan B (bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Untuk kicap tu, korang boleh je pakai brand memana pun. Tapi baguslah pakai barang2 yang halal kan. Ada je ni ha produk buatan muslim. Kak bell beli kat AeonBig.

Konpem halal!

Cara memasak:
1) Gorengkan ayam yang telah digaram dan dikunyitkan tadi separuh masak. Tak payah lama dan garing sebab ayam jadi keras.
2) Tumiskan semua bahan B, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sampai naik bau.
3) Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap manis. Kacau seketika. Kemudian masukkan sedikit air untuk kuah.
4) Masukkan ayam tadi bersama dengan cili api, lada hijau dan tomato. Perasakan dengan garam dan masak sekejap sampai ayam masak dan kuah kering sedikit.


Biasanya garam tu sikit je letak sebab awal tadi dah gorengkan ayam. Nak pedas lagi, tambah je cili api. Sedapnya uols! Minyak tu pependaila buang yer. Jangan nak cerca! Korang makan kat kedai hari2 minyak sebakul pun tak pe kan. Okay go pergi masak!! Bye.


CONVERSATION

2 comments:

luqman zakaria said...

Sedapnya bella. buat i lapar jer T__T. haha

Bella Jamal said...

hihi. you masak lagi sedap kot

Instagram

Follow Us