Cendol Durian King @TTDI

Hi korang! Terasa tak sekarang ni Malaysia panas! Kalau nak berjalan tengah2 hari buta tu memanglah tak larat. So, nak melegakan tekak ni, iols pekena cendol durian kat Durian King TTDI. Sebenarnya dah lama dah tempat ni di buka. Tapi tak berkesempatan nak pergi walaupun jaraknya sekangkang kera je orang cakap dari opis kak bell ni ha.




Actually kedai ni ialah tempat korang boleh duduk dan makan pelbagai jenis durian dengan harga yang berpatutan. Kak Bell ni bukanlah penggemar durian but sekali sekala oklah jika nak merasa. Kat sini ada macam2 jenis durian. Ada jenis D24, D101, XO, Tekka, Musang King, Udang Merah dan yang paling mahal sekali adalah Black Thorn! Bagi kaki durian taula kot apa beza rasanya. Iols datang nak makan cendol durian aje pun. Hiks! Antara yang korang boleh makan/minum kat sini ialah :

Cendol Durian Musang King RM15
Cendol Durian RM12
Cendol Biasa RM6
Kopi Durian RM7

Semuanya kitaorang order sebab nak rasa kan. Cendol durian dia memang sedap! Recommended korang datang makan kat sini. Kopi durian tu pun not bad! Blended well je rasa dia. Sedap dan iols boleh minumla kopi durian tu. Tapi kalau korang rasa tak sedap tak tahulah kan. Tekak masing2. Ikut suka korang kay!


#duriancoffee

Nah layan gambar2 kitaorang mengepose jelah time nak tunggu cendol sampai! Actually, memang sentiasa je ramai dan ada pengunjung yang datang kat Durian King TTDI ni. Lepas post je photo kat FB ramai pulak yang PM tanya kat mana. Gigih ni wassap kakak, even yang tak kenai pun ada inbox. Hihi.





Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah lawat dan follow instagram dorang kay! @Duriankingttdi


Kalau yang tak tahu kat mana tempat ni, boleh waze saje yer. Kalau korang dah datang makan tapi korang tak taste jangan cerca kakak hokkay! K bye.

Waze: https://waze.to/lr/hw283bek3f

Area Parking Lot
Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur

Operation Hours (Taman Tun Dr Ismail & Bukit Bintang):
Weekdays: 
5pm to 12am
Weekend and public holiday: 
12pm to 12am
Open EVERY DAY!
Contact : 016-274 6474


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us