Bibir Kucing Bengkak!! (Swollen Bottom Lips)

Hi korang! Terperam lama pulak pasal entri ni. Actually tengah tunggu further explanation dari Vet tentang masalah bibir bengkak pada Si Hitam ni. But sampai sekarang pun masih tak dapat nak konpemkan sebab vet yang Kak Bell rujuk ada pendapat berbeza tentang nama penyakit anak iols yang sorang ni. So, iols letak bibir bengkak ajelah senang! Nak terangkan pun ilmu tak cukup dan penyakit ni di katakan misteri sebab tak tahu berpunca daripada apa secara exact. Nanti dah ada info, kak Bell sharelah ye.

"A number of causes have been suggested for this problem, including continual irritation by the rough tongue, infection or food allergy; there is little to support these propositions"

"This mysterious disease of cats goes by many names : rodent ulcer, lick ulcer, eosinophilic granuloma disease, eosinophilic complex etc., and despite the tremendous progress that has been made in veterinary medicine, why it occurs remains an enigma. The less one understands a disease, the more names veterinarians tend to give to them. EGC is probably the leader of the pack in that respect"


Botox Lip

Asalnya, Si Hitam ni je Kak Bell perasan ada perubahan pada bibir dia. So dalam menunggu hari cuti nak bawa ke klinik vet, terjadi jugak masalah sama pada anak2 yang lain (pyometra & hematoma). Dalam gambar ni pun, sebenarnya dah surut sikit. Bengkak pada bibir Si Hitam ni, agak besar la jugak. Kesian tengok macam lepas cucuk botox aje. Anyway, area yang bengkak tu kat sebelah bawah sahaja. Check mulut dia tak adelah pulak ulser atau masalah2 lain.



Penerangan dari vet, bibir bengkak ni mungkin terjadi dari kesan jangkitan atau allergy pada kucing. Semua toksin atau kuman tu berkumpul kat bahagian bibir si bulus ni. Macam nodus limfa kot agaknya, semua sel2 or kuman dalam badan dia berkumpul kat situ! Cara rawatan, vet cuma bagi antibiotik sahaja. Lepas completekan course, bibir Si Hitam pun dah ok. If not, kena bawak balik semula untuk check semula.

Rentetan kisah peperangan semua ibu2 meow ni, sampai terbalik dah dapur Kak Bell. Dah la kita ni tengah bersiap nak ke opis, tetibe je dengar ada bunyi gempa bumi. Memang suka budak2 ni kan!! Tak bagi mama dia pergi kerja apa ni kan! Satu kerja pulak nak mengemop bagai.



Kesimpulannya, kena kuarantinkan mana2 anak bulus yang samseng sangat ni disebabkan tak dapat nak overcome masalah bergaduh ni dah dekat seminggu. Satu kerja pulak yer, kena buat jadual sape duduk luar sape duduk dalam. Duduk diam2 dalam kondo baru tu yer. Dah behave baru boleh lepas keluar. Sabar ajelah!



CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us