Sambal Tumis Sotong & Udang Dengan Petai

Hi korang! So harini tak payah nak mukaddimah sangat. Dalam peti sejuk ada sotong dengan udang. Tambah pulak ada seikat petai. Memang kena sangatlah buat masak sambal. Konpem terangkat! Kay, jom terus tengok resepi hakak yer.


Bahan A
10 ekor udang segar
5 ekor sotong
3 papan petai
1 labu bawang besar (dihiris/potong bulat)
Gula
Garam
Minyak untuk menumis

Bahan B (bahan tumis/kisar)
5-10 cili kering atau cili kisar/ cili boh
Sedikit asam jawa
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan


Cara membuatnya:
1) Kupas kulit udang dan siang sotong dan basuh bersih. Udang tu kalau nak tinggalkan bahagian ekor pun boleh. Untuk sotong, ikut suka nak potong macam mana. Kak bell potong ring aje.
2) Panaskan minyak, dan tumis semua bahan B. Kak bell memang dah siap2 simpan stok cili kisar tu, so senang nak menumis. Jika menggunakan asam keping, masukkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.
3) Masukkan gula dan garam secukupnya. Sesuaikan rasa ikut anak tekak korang kay
4) Kemudian masukkan sotong dan biarkan seketika. Dah agak kecut bolehlah masukkan udang dan petai.
5) Campakkan bawang besar yang dihiris tadi, kacau seketika dan bolehlah tutup api.

Dah tak payah nak komen apa-apa. Pergi senduk nasi dan makan! Sedap tak??


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us