Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas

Hi korang! Hari ni bertemakan gigih memasak untuk dinner. Dah tekak ni tetibe teringin nak makan udang galah pulak. Actually ada teman ni cakap favorite dia masak lemak cili api udang galah. So kak bell pun masaklah sebab dah termengidam! Pusing punya pusing kat Mid Valley tu tak ada pulak udang galahnya. So beli udang harimau ajelah. Tak kuasa nak cari lagi. Penattt! Menu harini, masak lemak cili api udang harimau dengan nenas. Jom tengok resepinya.


Bahan A
10 ekor udang harimau
1/2 biji nenas
2 batang serai di ketuk
1 helai daun kunyit
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Santan

Bahan B (dikisar)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
7 biji cili api


Cara memasak:
1) Kisar semua bahan B
2) Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar & serai yang dititik sampai naik minyak/bau
3) Masukkan nenas yang dah di potong bersama sedikit air dan biarkan seketika.
4) Masukkan udang, santan dan daun kunyit, kacau sebati
5) Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya
6) Udang tu jangan masak terlalu lama untuk elakkan udang jadi keras.

Bila semua dah ok, rasa pun meletop, bolehlah tutupkan api.


Btw, nenas harini manis sket, but still ada soury nenas tu. Kalau tak cukup masam boleh tambah asam keping ya. Lazat okeyy! 2 pinggan kak bell makan. Kurus kan kak bell?! Selamat mencuba yer. Gerenti suami sayang! Muah!


CONVERSATION

4 comments:

TeraXskyn said...

Nnt buat 'cara siang udang' 'cara pilih dan siang nanas' dll link kan kat situ..kikiki

Bella Jamal said...

Amboi! Haha. Siang je macam mana pun udang tu. Nanas tu buang matanya.

Aron eXcell said...

okay boleh masuk dalam menu potluck nieh

Anonymous said...

Wa kasi 5 bintang...
Marbelous...

Instagram

Follow Us