Resepi Sushi Homemade Mudah!

Hi uolss! Kebetulan tadi dah ke pasaraya mencari udang galah, teruslah dengan misi mencari bahan-bahan untuk buat sushi. Sampai je Mid Valley, cabaran pertama nak cari parking. Lately, asyik penuh je parking. Ladies parking area pun penuh kereta beratur. Sebab dah takde ruang nak beratur, so terus gerak cari tempat lain. Nasib memang baik coz terus je dapat parking!

Dah park, bergegasla berjalan ke Aeon Jusco. Tetibe nampak kelibat seseorang ni macam tengah follow kak bell. Memang mencurigakan! Iols pun buat tak nampak and memang tak pandang langsung orang tu. Time berjalan dengan hati2 pegang beg takut dirampok kan! Sampai je Aeon, tanpa segan silu dia approach. Teros kak bell buat drama petang menjerit kat situ! Biadap sangat tau! Berani mati je nak kacau2 orang. Haha. So hati2 tau korang bila berjalan. Zaman sekarang ni semuanya tak selamat! Habis dah selingan.

Kisahnya, ramai yang suka makan sushi tak? Kali ni kak bell cuba buat homemade sushi yang mudah. Kalau beli pun mahal kan. Memang boleh makan sampai pitam lah gamaknya bila buat sendiri kan!


Biasanya memang ada jual set sushi ni kat Aeon (Jusco). Tapi kali ni dah tak ada. Cuma ada set seaweed dan bamboo map sahaja. Btw, kalau nak cari barang2 buat sushi ni korang kena pergi section Japanese Food lah. Kalau kat Aeon Mid Valley, boleh cari di bahagian belakang dekat section dairy (lepas renovation). Bahagian Korean Food pun ada uols. Cari jugak Korean Curry tapi tak ada. Jadinya, terpaksalah beli bahan- bahan secara berasingan tapi agak costly lah.


Bahan- bahannya:
1 pek Beras Sumo 1kg (Calrose Rice)
1 set seaweed
Bamboo Map
Sushi Rice Seasoning Base
Rice Seasoning Base (Sesame Granule)
Timun Jepun
Crab Stick
Sosej

Untuk beras tu ada jugak brand lain. Nak pakai beras pulut tempatan pun ok. Beli yang kecik je lah. Kalau nak yg 10kg pun boleh if korang forever nak makan sushi!

Untuk set seaweed tu ada 3 pek. 1 pek ada 10 helai seaweed. Pakai sikit je pown. Satu pek pun tak habis. Kak bell cuma beli sikit je pek soy sauce dan wasabi. Boleh pergi beli di kaunter bayaran sushi je.


Untuk perasa sushi, kak bell guna Sushi Rice Seasoning Base. Senang semua dah ada include gula, garam dan juga cuka sushi. Tak payah nak bancuh2. Senang! Rice Seasoning Base (Sesame Granule) ni pulak just sebagai perasa untuk sushi. Saja nak mencuba. Kelainan la sikit kan.



Untuk isi sushi, kak bell pakai timun, crab stik dan sosej je. Korang boleh jugak guna telur goreng dan potong kecil semua bahan. Cari jugak prawn egg tapi tak ketemu jugak tadi. Pakai apa yang senang dan ada ajelah. Nak puaskan tekak sendiri aje kan.


Memula sekali, paling penting pergi tanak nasi sushi dulu lah. Beras tu just basuh sekali je (one rinse only) dan nisbah beras kepada air ialah 1:2. Bila nasi dah masak, biarkan sejuk dulu sebelum campur seasoning base. Agak2 ajelah satu sudu macam dalam ilustrasi belakang pek. Tak paham la pulak bahasa jepun semuanya.



Letakkan seaweed atas bamboo map dan bolehlah ratakan nasi sushi tadi. Buat nipis2 je nasi tu, nanti hina sangat rupa sushi tu gemok sangat. Nak potong pun susah. Btw, bahagian seaweed yang berkilat tu letak bahagian bawah kay!

Bahagian berkilat seaweed sebelah bawah

Ni letak seasoning yang ada sesame/ bijan

Bila dah letak nasi sushi tu, korang kena padat2 kan nasi tu. Memang payah sikit lah sebab pulut kan. Ada yang lapik plastik untuk padatkan sushi kalau tak gunakan bamboo map. Pepandai korang lah yer! Bila dah roll cantik2, kemas dan padat bolehlah potong. Yang penting pisau kena tajam yerrr! Diulangi pisau kena tajam. Petua untuk pisau tu rendam dengan air panas supaya senang bersihkan pulut ang melekat2 itu!

Jgn cerca sb nampak hina!

Kalau tak paham, tengok ilustrasi belakang pek seaweed tu. Ada 6 steps. Senang dan mudah je kan kita tengok. Cuba buat dulu kay! Memula tu memang susah sket, lama-lama ok lah, dan sushi pun cantik gittew


Kaedahnya, nasi sushi kak bell ni lembik sikit. Nak cakap terlebih air dah ikut sukatan. Hiks! Hentam ajelah kan, yang penting jadik hujung2 episod! Makanlah puas2 sushi korang nanti kay.


CONVERSATION

2 comments:

hannah hani said...

alahai baru jupe resepi.. tq tq tq

Bella Jamal said...

welcome hannah hani. hope you buat menjadi lah dari yang sy buat.hehe

Instagram

Follow Us