Resepi Sardin Masak Asam Pedas

Hi korang! Hari ni kak bell nak kongsikan masakan sardin tin seperti yang diminta. Kaedahnya, tak ada bahan mentah yang nak dimasak. Waktu-waktu cam gini, makanan dalam tin jadi pilihan sebab senang nak masak. Walhal, sardin tin tu lagi mahal sekarang ni kan compare dengan ikan fresh! Dulu kekonon, makan sardin tin nak jimat, murah. Sekarang setin kecik je dah RM5 kalau Ayam Brands. Makanan orang kaya uols zaman la ni. Habis nak makan sayur je ke? Sayur pun dah ada sayur tiruan. Macam2 la sekarang kan!!

Kata orang boring kalau masak masakan sama aje kan. So iols cuba buat masakan sardin masak asam pedas. Bahan2 pun mudah dan tersedia, cuma bendi je yang tak ada. Biasalah, kalau dah takda bahan, pepandai iols je gantikan bendi dengan timun jepun. Haha, penah jumpa tak orang masak sardin dengan timun? Sedap je uols pakai apa pun. Try and error! Kalau tak nak pakai timun, korang cari bendi hokkay!


Bahan A
1 tin kecil sardin
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai dititik
1/2 batang timun jepun
3 biji tomato
Sedikit halba (kurang 1 sudu teh)
3 sudu serbuk cili kering
Garam & gula secukupnya
Air asam jawa
Minyak utk menumis

Bahan B (bahan tumbuk)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup


Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan B bersama dengan serai dan halba. Tumis sampai naik bau.
2) Masukkan serbuk cili dan tumis seketika, kemudian masukkan air asam jawa.


3) Masukkan tomato dan timun


4) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya


Sape cakap tak sedap pakai timun jepun tu? Cuba masak dulu tau korang! Kejap je pun masaknya sesambil cuci pinggan mangkuk dah pun siap. Apa lagi jom gemuk! K bye.

CONVERSATION

2 comments:

Aron eXcell said...

Ape ni nampak sedap angat! repeated skit dengan nasi lemak. Gerenti delicessssss ces ces ces gitewwww

Bella Jamal said...

Biasa2 je kak. InsyaAllah t sy buatkan ya

Instagram

Follow Us