Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang

Hi korang! Harini nak share masakan favourite kak bell, ikan patin masak tempoyak. Dulu masa membesar di Pahang memang selalu mak masakkan ikan patin ni. Cuma sekarang ni, dah tak duduk Pahang memang jarang sekalilah dapat merasa masakan patin. Bukannya tak ada yang jual, tapi tak kena lah dengan tekak ni dengan style sesetengah masakan patin tu! Tak sedap la senang cakap kan!

Actually, tempoyak yang guna untuk memasak tu pun main peranan untuk masakan ikan patin tempoyak yang sedap. Selalu kalau kak bell beli mesti tak sedap! Kebetulan pula minggu lepas, kawan kak bell cik kiah balik ke Jerantut dan dia ada bawakan tempoyak dan ikan patin pahang. Terima kasih sangatlah cik kiah! Dapatlah melepas rindu dengan masakan patin tempoyak! Tapi bila dah masak, rasanya tetap tak sama dengan mak kita yang masak kan! Kay jom tengok cara nak masak. Senang ya ampun uols.


Bahan-bahannya:
2 potong ikan patin
15 biji cili api merah
1 inci kunyit hidup
5-6 sudu tempoyak
2 asam keping
Daun kesum
Labu air/ timun
Garam
Air secukupnya

Cara membuatnya:
1) Blender/ tumbuk cili api, kunyit hidup. Nak blend sekali tempoyak pun boleh.
2) Masukkan dalam periuk semua bahan kisar, tambah air agak-agak banyak mana kuah yang korang nak.
3) Biarkan mendidih, masukkan daun kesom, sayur labu air atau timun, asam keping dan garam. Kalau tempoyak tak cukup masam tambahkan asam keping.



4) Bila sayur dah lembut, bolehlah masukkan ikan


Yeay dah siap! Makan dengan nasi putih je pun dah ok. Kalau pedas sangat letak kicap ye anak2 semua. K bye.

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us