Pyometra In Cats : Muezza Kena Pyometra!

Hi uols. Last 2 weeks, secara tiba-tiba anak2 bulus kak bell ni bergaduh tak tentu pasal. Ada 3 ibu meow, Si Muezza, Cik Putih dan Lucy berantam gila-gila. Sampai kak bell pun takut nak pergi leraikan. Btw, Cik Putih tu anak Si Muezza, tetap tak nak bergaduh juga. Puncanya tak tahulah kenapa. Apa yang memasing tak puas hati. Mungkin stress kot sebab semua dah meningkat tua. Yang tak tahan tu, dua2 anak beranak ni together2 serang Cik Lucy sebab Lucy memang orang luar dan dari dulu memang tak ngam dengan Muezza. Tapi taklah sampai bercakaran.

Dah masuk 3 minggu pun tetap tak berbaik. Masing-masing tak boleh bertembung. So kitten yang kecik2 lagi ni memang takutlah, habis terkencing terberak merata2. Sabar je lah yer. Pada waktu yang sama, di hari kejadian memang berniat nak bawak Lucy ke Vet sebab telinga bengkak (Hematoma). Usai balik dari vet, Si Muezza masih tak makan minum dari pagi dan menyorok bawah meja PC. Bila Kak Bell pergi tengok, nampak ada cairan keluar dari vagina dia. Memang menggelabahlah. Jadi gigih semula ke vet untuk diagnose dan disahkan kena Pyometra. Bukan tu aje, anak Muezza, Cik Itam Pulak kena bottom lip swollen. Memang dugaan sungguh lah hari tu. Semua anak-anak sakit. Memang sedih sungguh la waktu ni.


Cik Lucy dah kene warded untuk operation. Vet advise, Muezza di sarankan buat operation jugak sebab takut membahayakan nyawa dia. So Kak Bell proceed je dengan operation, supaya dia boleh sihat semula. Sebelum2 ni, memang dia agak diva sikit perangainya tapi tak adalah sampai nak bercakaran. Sebelum ni pun dah 3X beranak, dan Kak Bell dah buat keputusan untuk neuter kan bapaknya Si Sky sebab dah ramai sangat anak-anak. So bermulalah episod pyometra ni. Korang follow baca ek.

Pitam bil anak-anak

Apa itu Pyometra?
Pyometra adalah jangkitan pada uterus kucing betina dan merupakan jangkitan sekunder disebabkan oleh masalah perubahan hormon yang abnormal pada salur peranakan kucing.

Di antara penyebabnya seperti :
1) Jangkitan bakteria karena adanya luka/trauma fisik pada rahim yang menyebabkan bernanah.
2) Ketidakstabilan hormon akibat pemberian suntikan KB (progesteron) secara terus-menerus dan melebihi dos.
3) Terdapat sisa fetus (anak) yang sudah mati masih tertinggal di dalam rahim (uterus)

Penyakit ini boleh terjadi pada kucing betina yang masih produktif dan belum disteril/spay tak kira pada peringkat umur, sama ada kucing muda atau pada pertengahan umur. Tapi kebiasaannya, lebih biasa terjadi pada kucing yag lebih tua. Dalam kes Muezza, vet cakap di sebabkan masalah hormon. Patutlah dia kurus je sebab kak bell pun tak tahu dia sakit sampailah kita perasan gejala tu. Pyometra ni memang penyakit yang serius dan boleh mengancam nyawa kucing kesayangan kita. Jadi Kak Bell, terima saranan doctor untuk buat surgeri buang rahim yang telah dijangkiti tu.

Ianya terjadi, apabila kitar heat kucing berakhir (menstruasi) dan tidak diikuti dengan pembuahan (pregnant). 2 jenis jenis hormon estrogen dan progesteron dihasilkan oleh rahim kucing. Semasa on heat, level hormon progesteron akan meningkat dan menebal pada dinding rahim kucing (thicken in preparation for pregnancy). Bila tak pregnant, dinding uterus akan terus menebal dan menghasilkan cyst. Bacteria then take advantage of the situation dan menyebabkan rahim kucing akan bernanah. Pyometra biasanya berlaku selepas 2-8 minggu selepas kitar on-heat.

Jenis2 Dan Tanda2 Klinikal Pyometra
Pyometra Terbuka (Open Pyometra)
Nanah/cairan masih dapat keluar dari uterus melalui vagina kucing. Lebih mudah diubati. Gejala seperti demam, lethargy, anorexia, dan depresi boleh berlaku dan sebaliknya.

Pyometra Tertutup (Closed Pyometra)
Nanah/cairan tidak dapat keluar dari uterus. Sangat bahaya, disebabkan toksin dari bakteria berkumpul dalam badan dan akan circulate dalam badan kucing. Jumlah cairan yang berlebihan boleh menyebabkan rahim kucing pecah dan menyebabkan kematian. Di antara gejalanya seperti :anorectic (loss appetite/aneroxia), very listless (tak bermaya), depresi, muntah dan cirit birit.

Toxins yang dihasilkan oleh bekteria tersebut akan beri kesan pada fungsi ginjal dan kucing akan minum air yang berlebihan  dan akan meningkatkan kepada penghasilan urin (air kencing). Ianya berlaku pada pyometra terbuka dan juga pyometra tertutup.

Ni diantara gambar Muezza selepas surgeri. Kesian bila tengok. Better pakaikan Elizebeth Collar untuk elakkan kucing menjilat bahagian luka. Tapi si Muezza ni dalam tak larat tu, tetap gigih bangun nak tanggalkan kolar tu. Tak selesa kan!



Kesan ubat bius pun masih ada lagi, jadi bila dah bangun tu terus terbaring dan tidur sebab masih tak larat. Sekejap je, lepas datang jenguk balik dah tercabut kolar tu.


Di antara rawatan untuk Pyometra seperti:
1) Fluid therapy (infus)
2) Tindakan pembedahan (ovariohisterektomi), surgeri untuk buang rahim & ovari
3) Pemberian antibiotik serta antihistamin
4) Pemberian hormon prostaglandin atau oxytocin untuk merangsang pengeluaran nana

Pencegahan :
1) Jangan melakukan suntikan KB (progesteron) secara terus-menerus dan melebihi dos
2) Jangan kawinkan kucing antara ras kecil dengan ras besar (mengawan dengan kucing yang sebaya)

Kalau dah nampak tanda2 awal dan gejala yang berkaitan, teruslah bawak kucing korang jumpa vet. Nasib baiklah kucing kak bell ni kena open pyometra. Kalau tak sampai sudah tak dapat nak agak dia sakit.


Tapi kalau dah nak kena jangkitan, kena jugaklah. Kita sekadar merancang dan mencegah. So far alhamdulillah, Muezza pun dah beransur pulih. Tapi kekecohan kat rumah ni masih tak boleh nak kawal. Masih bergaduh lagi. Sampai maknya pulak terkencing terberak bila kena sergah dengan anak sendiri, Cik Putih. Stress fikir macam mana nak buat. Nanti Kak Bell sambung citer penyakit anak2 yang lain pulak ye. Dah musim semua kena sakit. Hope dapat ambil pengalaman sikit sebanyak kan. K Bye.

Sumber:
http://www.vcahospitals.com/
http://www.petmd.com/

Hematoma > Cat Lip Swollen 












CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us