Masak Lemak Putih Terung

Hi korang yang cantik! Cerita semalam kaedahnya baru sembuh dari kena muntah2. Food poisoning gamaknya. Bila dah sihat sikit gigihla ke dapur sebab lapar! Memula nak buat pajeri terung, but rempah kari pulak tak ada. Tak kan nak pakai rempah kurma pulak kan. Tekak teringin nak makan benda berkuah gitu. Yang penting temanya pakai terung.

Sebelum ni, memang Kak Bell tak pernah makan terung masak lemak. Dalam hati fikir sedap ke kalau buat masak lemak putih ni? Kan biasanya orang gunakan sayur kobis dan tak pernah la guna terung. Guess what, terung masak lemak ni memang sedap. Simple dan sangat mudah nak buat. Jom tengok resepi 3, 4 steps je uolss!!


Bahan-bahan:
2 biji terung potong sesuka hati
1 biji bawang besar
Sedikit ikan bilis
2 biji cili merah/hijau
Santan
Garam

Untuk bahan bawang dan ikan bilis, kak bell tumbuk separuh bahagian. Separuh lagi bawang dihiris ye.


Cara memasak:
1) Masukkan bawang, ikan bilis dan santan ke dalam periuk. Tunggu santan mula mendidih.
2) Campakkan terung dan kacau sampai kuah mendidih. Boleh tambah sedikit air kalau kuah terlalu pekat.
3) Masukkan cili merah dan perasakan dengan garam secukupnya.
4) Tutup api setelah terung masak.


Makan dengan sambal belacan memang sedap uolss. Kawan kak bell yang tak suka segala jenis ikan termasuk ikan bilis pun boleh habiskan makan. Sedap betul kot masakan i ni! Haha! Bolehlah korang cuba yer.


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us