Kacang Goreng Hati Ayam Berulam Jantung

Hari ni kak bell share resepi ni pulak. Sebenarnya masak sekali dengan sambal tempe haritu. Ok lah. Lite2 je pown. Kacang panjang goreng hati ayam jek. Lepas makan ni mesti korang makan hati berulam jantung. Terasa kesedihan masakan i ni nanti bila korang makan. Entah apa yang aku rapikkan ni! Terus bagi resepi jelah yer.


Bahan A
1 ikat kacang panjang (dipotong)
100g pedal & hati ayam
Sedikit kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan B (bahan hiris)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi


Cara membuatnya:
1) Panaskan minyak dan tumis hati & pedal ayam sampai masak (hati & pedal iols kunyitkan dulu)
2) Masukkan bahan hiris dan tumis sampai naik bau.
3) Masukkan kacang dan perasakan dengan garam dan juga sedikit serbuk kunyit.
4) Kacau rata sehingga kacang masak.

Btw, kak bell tambah sedikit suhun. Dah kacang masak. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. Senang je kan uols.


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us