8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8

Hi Korang! Zaman sekarang ni boleh di katakan setiap orang ada memiliki peranti telefon pintar (smartphone) dan telah menjadi barang wajib ada sebagai medium komunikasi. Ibarat tidur telefon, makan telefon, semua bendalah setiap masa dan ketika dengan telefon sahaja. Bukan tu je, budak2 sekolah zaman sekarang pun dah pakai telefon bimbit ye. Kita waktu zaman dahulu, nak beli handphone pun fikir banyak kali sebab mahal kan! Sekarang ni, semuanya canggih dan hebat, berlawan-lawan spesifikasi pulak tu sampai rambang mata nak buat pilihan yang mana satu!

Jadi harini, nak cerita sikit tentang model telefon terbaru Honor 8 ke pasaran tempatan. Honor 8 merupakan telefon pintar terbaru yang berkualiti dan berprestasi tinggi, dijual pada harga mampu milik. Sejak dilancarkan July 2016 lalu, lebih 1.5 juta unit Honor 8 telah terjual. Jenama ni memang popular di China, tetapi telah mula berkembang dan dipasarkan di Eropah dan juga Amerika Syarikat. Sekiranya korang bercadang nak membeli smartphone, berikut merupakan 8 sebab kenapa anda harus miliki Honor 8 : BEAUTY IN YOUR OWN WAY!


SEBAB 1 – PROCESSOR/CPU
Honor 8 menggunakan processor keluarannya sendiri iaitu octa-core Kirin 950 processor bersama i5 co-processor yang setanding dengan prestasi processor Qualcomm Snapdragon 820. Selain itu, Honor 8 menyokong dua SIM bersaiz nano dan dipadankan dengan RAM sebesar 4 Gigabyte serta storan dalaman sebanyak 32 Gigabyte. Tetapi jangan risau, Honor 8 juga menyediakan sokongan kad MikroSD sehingga 256 Gigabyte. Sebagai peminat online game, memang wajib dapatkan telefon yang laju. Kemampuan multitasking Honor 8 dapat memberikan kepuasan kepada peminat permainan dalam talian




SEBAB 2 – DUAL LENS CAMERA
Kemampuan optik Honor 8 pula ialah kamera berkembar 12-Megapixel pada bahagian belakang dengan sistem pemfokusan laser. Bila gambar diambil, lensa pertama akan merakam imej berwarna, manakala lensa kamera kedua pula akan merakam imej monokrom. Gabungan dua lensa kamera ini akan merakam gambar yang lebih baik. Kualiti dan ciri kamera yang baik memang menjadi kriteria penting bagi sesuatu telefon. At least, tak perlu untuk bawa kamera atau gadget yang lain untuk merakam gambar!



Pada waktu yang sama pemfokusan semula juga boleh dilakukan selepas gambar diambil. Diantara kamera features seperti geo-tagging, touch focus, face detection, HDR, panorama dan lain-lain.
Bagi Penggemar Selfie!

Selain tu juga, 8MP kamera selfie hadapan berfungsi dengan baik walau dalam keadaan cahaya yang kurang. Penggunaan Perfect Selfie Mode juga dapat merakam gambar selfie dengan lebih cantik. Tak payah nak pakai aplikasi camera 360! Untuk rakaman video, pengguna boleh mengambil rakaman dengan resolusi setinggi 1080P@60fps.



SEBAB 3 – EMUI 4.1 + ENERGY SAVER & PENGECASAN PANTAS
Telefon Honor 8 beroperasi menggunakan Android 6.0 Marshmallow digunakan dengan pelancar EMUI 4.1. Menerusi paparan antaramuka ini, ia turut membawa pelbagai perubahan. Selain dari menjadikan paparan antaramuka lebih kemas dan mesra pengguna. Beza antara sistem EMUI berbanding pesaing lain ialah sistem ini tiada talam aplikasi dan pada pendapat saya, ia memudahkan pengguna untuk mencari aplikasi yang hendak dibuka. 

Honor 8 is available in Lazada now! Click here > Honor 8 to shop!

Dari segi bateri pula ia dilengkapi bateri 3000 MaH dengan sokongan pengecasan pantas melalui port pengecasan USB-C. Pengecasan pantas 9V/2A dapat mengecas 47% lebih cepat dalam masa 30 minit berbanding peranti lain dan jangka hayat bateri lama (anggaran 2 hari penggunaan biasa). Sokongan NFC, LTE, Wi-Fiac, Bluetooth 4.2, GPS dan pemancar infra merah juga disertakan. Honor 8 turut dilengkapi dengan dual-band antenna untuk resepsi WiFi yang lebih baik.



SEBAB 4 – PREMIUM DESIGN, SAIZ SKRIN & KUALITI DISPLAYS
Penggunaan kaca (glass) pada panel hadapan dan belakang membuatkan Honor 8 menjadi antara peranti tercantik yang terdapat di pasaran. Sisi bulat yang diperbuat daripada logam menjadikan telefon ini amat selesa di dalam genggaman dan memudahkan jari bergerak. Ketiadaan bonjol kamera pada panel belakang membolehkan ia diletakkan secara rata tanpa menggunakan kerangka tambahan. Walaubagaimanapun, penggunaan kaca akan memberikan efek licin (slippery) dan kesan cap jari pada peranti. Terdapat empat pilihan warna ditawarkan iaitu biru, hitam, putih dan emas.





Ramai yang cenderung kepada skrin telefon yang besar dan ringan. Dengan skrin 5.2D, Honor 8 boleh dikategorikan sebagai peranti dengan saiz skrin yang sederhana (1.53g). Pada i, saiz Honor 8 sudah mencukupi & mesra poket. Skrin full HD LCD dengan resolusi 1080P menjadikan paparan cukup terang dengan penghasilan warna yang menyerlah dan menjadikan Honor 8 antara pesaing yang mampu menggugat kebanyakan peranti lain.


Sebab 5 – SMART CONTROL 4.0 & SMART MEDIA
Secara sedar atau tidak, di rumah terdapat pelbagai alat kawalan jauh yang digunakan untuk mengawal peranti elektrik dan elektronik di rumah. Salah satu kelebihan dengan Smart Infrared ini adalah fungsi tersebut membolehkan pengguna Honor 8 mengawal peralatan di rumah seperti penghawa dingin dan juga televisyen melalui aplikasi Smart Control 4.0. Jika dah malas sangat, gunakan peranti ni saja untuk dijadikan remote! Ini sekaligus memudahkan dan mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap alat kawalan jauh yang pelbagai.




Honor 8 juga menyediakan fungsi Smart Media pada peranti dimana terdapat 2 elemen di dalam fungsi Smart Media yang pasti akan menarik pengguna:


1)Voice + dan Dynamic Noise Cancelling 
Pihak Huawei telah mengemaskini fungsi Handsfree dan memanggil ia Voice + dimana fungsi mikrofon telah dikemaskini dan juga 'voice amplifying' diletakkan supaya pengguna boleh menggunakan fungsi 'handsfree' dengan lebih mudah dan berkualiti.

2) Honor 8 juga menyediakan speaker terbina yang berkualiti tinggi, khas untuk pengguna peranti ini yang gemar untuk mendengar musik melalui telefon.



Sebab 6 – PENGIMBAS CAP JARI (D Fingerprint) YANG PANTAS
Pada panel belakang terdapat sebuah pengimbas cap jari (fingerprint scanner) berbentuk bulat dan mampu mengimbas cap jari dalam masa 0.4 saat untuk unlock phone. Fungsi menarik ialah pengimbas ini boleh ditekan bagi melakukan pelbagai lagi fungsi tambahan sebagai “Smart Key”. Butang pada pengimbas cap jari boleh diprogramkan untuk melakukan arahan seperti melancarkan kamera, lampu suluh (flashlight), screenshot dan juga aplikasi lain. Ini diaktifkan dengan menekan sekali, dua kali atau menekan dengan lama pada pengimbas untuk programkan arahan.



Sebab 7 - ECO-FRIENDLY
Material bagi pembuatan telefon dan pembungkusan menggunakan bahan yang mesra alam. Buku manual telefon juga menggunakan dakwat berasaskan soya bagi menyokong dan melestarikan hutan mampan.


Sebab 8 – HARGA YANG LEBIH RENDAH

Honor 8 merupakan “jenama mampu milik” berbanding dengan harga smartphone pesaing lain. Dengan harga yang jauh lebih rendah dengan spesifikasi setanding dengan telefon 'high-end' yang lain dan rekabentuk premium, nipis dan kompak menjadikan Honor 8 tidak terasa seperti sebuah peranti 'low-end' dan semestinya bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Sesiapa sahaja mampu memilikinya!

Melalui penyenaraian secara ekslusif di Lazada, pembelian model 64GB Honor 8 di tawarkan bersama Honor SS Band dan kerangka luar (casing) secara percuma. Sementara untuk pembelian model 32GB ia hadir dengan SelfieStick, Powerbank dan juga kerangka luar. Dapatkan peranti terbaru ini dan rasai pengalaman bersama Honor 8!


Honor 8 64GB FREE Honor SS Band + Casing 
(Total Worth RM498!) 
Honor 8 32GB FREE Honor Power Bank + Casing + SelfieStick (Total Worth RM294!)



Honor 8 is available in Lazada now! Click here > Honor 8 to shop!

Lazada's My Cybersale is happening on 26 - 30 September 2016. Check it out!




CONVERSATION

4 comments:

Taliban melayu said...

Design cantik, speck product up to date. Memang sesuai kalau nak beli, lagi senang sebab ada di Lazada. Thanks reviews!

Anonymous said...

👏🏻👏🏻👏🏻semakin cantik design..feature pun menarik..hrga baloi2..

TeraXskyn said...

Huawei mmg brand yg makin kukuh, features hp pun dah makin canggih. Lets huawei!

Honey Dyesebel said...

Finger print identification is awesome

Instagram

Follow Us