Tempe & Ikan Bilis Goreng Sambal

Hi uolss. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa. Boring la kan asyik menu yang sama je. Check peti ais ada tempe, so teringin nak cuba tempe goreng sambal jawa. Kaedahnya bahan2 tak cukup pulak. Hasilnya, buat sambal goreng biasa ajelah. Btw, sambal tempe ikan bilis ni pun sedap yer. Konpem!


Bahan A
2 pek tempe
1 mangkuk/segenggam ikan bilis
15-20 cili kering atau cili kisar/ cili boh
Gula
Garam
Sedikit asam jawa
Minyak untuk menumis

Bahan B (dikisar/tumbuk)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan


Cara membuatnya:
1) Potong dadu atau hiris nipis tempe dan goreng garing. Goreng garing juga ikan bilis.
2) Gunakan minyak baki menggoreng tadi dan tumis semua bahan kisar * kak bell tumbuk kasar
3) Masukkan cili kering dan asam jawa, tumis sampai wangi dan sedikit kering *tak guna air asam jawa sebab dah ada air masa kisar cili kering
4) Masukkan gula dan garam sesuka rasa hati korang
5) Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata.

Siap! Memang terangkat uols. Percayalah kata kak bell. Makan dengan nasi panas je pun dah ok. Selamat mencuba.




CONVERSATION

1 comments:

norsadira said...

Sedapni mkn cm 2 je.
Jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

Instagram

Follow Us