Taman Negara National Park, Pahang Trip - Day 3 (Jungle Trekking & Canopy Walkaway)

Kaedahnya dah 2,3 dah nak hapdate. Tapi ada je halangan. Konon2nya nak buat2 tu ini, akhirnya memerap je kat rumah! Sambungan kisah tido yang tidak nyenyak semalam sebab tak de bekalan elektrik, terus gagah untuk aktiviti hari ke-3. Hari ni, weolss buat aktiviti jungle trekking dan juga canopy walk.



Ni pesanan ikhlas dari Miss Tourism kita! Take note betapa pentingnya hutan untuk ekosistem.

"What they breath out, We breath in. 
Conserve it!"


Kan malam sebelum ni sibuk dok tengok gajah. Ni ha kesan gajah meronda kawasan.



Untuk titian kanopi ni not all the time bukak. Depends pada cuaca dan keadaan hari tersebut. Kalau masa hujan berpanjangan dan keadaan angin kuat, canopy walk akan tutup. Btw, masa kitaorang pergi adalah hujan sikit tp still boleh teruskan aktiviti. 


Nampak tak nak sampai ke ke titian kanopi tu kitaorang dah jalan 1.5km dari arah Kuala Tahan. Sesape nak balik Kuala Terengganu pun boleh. 75km sajork!!



Actually jauh jugak nak sampai ke canopy walk tu. Dengan laluan yg licin dan basah, so kena extra carefull lah. Ada juga diva yang terjatuh, tapi nasib baiklah semuanya selamat.



Happy betul budak ni..

Sebelum masuk jauh ke dalam hutan, pihak taman negara ada sediakan laluan berkayu untuk memudahkan perjalanan. Masa weols datang tu mostly laluan ni masih dalam proses renovasi. Tapi takla sepanjang laluan..tak de la namanya trekking adventure kan! Kat bawah ni, kesan tapak kaki gajah yang meronda semalam agaknya. Korang tengok kaki iols sebesar jari kaki gajah je gamaknya.


Semasa aktiviti trekking tu, traveller tu akan citer la pasal haiwan dan juga tumbuhan dalam hutan tropika ni. Ada yang beracun yer uols! Btw, ni sebahagian gambar yang sempat dirakam masa trekking akriviti tersebut.

Gonggok Hutan


Ubi : makanan ruji orang asli

Pokok Tapak Kaki Hantu

Kayu Gaharu




Akhirnya, sampai juga ke titian kanopi ni. Scary jugakla bila pandang bawah dari aras ketinggian 45 meter. Titian kanopi sepanjang 500 meter ni merupakan titian kanopi terpanjang di dunia ye!



Ni permandangan Taman Negara dari atas titian kanopi. Cantik kan?




Tak ada apa nak cerita sangat pun sebab dah lupa. Biarlah gambar je berbicara. Nampak tak muka kepenatan dan kepuasan memasing! Yang penting still kekal manis je mamasing yer. Akhir sekali terimalah pesanan penaja :

" Take Nothing But Photograph, Leave Nothing But Footprints!"


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us