Resepi Ayam Ungkep Sedap!

Jam dah tunjuk 10 malam, but perut lapar punya pasal gigihlah berlawan pisau kat dapur. Sesambil tu, alang2 memasak kak bell cuba resepi masakan orang jawa, Ayam Ungkep. Actually masakan ni tak banyak beza dgn resepi masakan ayam yang lain. Macam masak ayam cili api cuma ada tambahan rempah seperti jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Masakannya agak berminyak, tapi ok je bila dah makan dengan nasi. For sure, bertambah nasi tu! Iols makan dengan roti je, konon2 dah malam tak nak makan nasi! Mungkin kurus kot esok hari! Bolehlah cuba dan share resepi ni okay!


Bahan A
10 ketul bahagian ayam
2 batang serai (dititik)
2 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan B (bahan tumbuk/kisar)
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
10 biji cili api (ikut suka)
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis


Cara Memasak:
1) Perapkan ayam dengan garam dan kunyit dan tumbuk/kisar semua bahan B sampai agak lumat. Kak bell prefer tumbuk sebab lagi sedap dan takde air masa menumis.
2) Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai naik minyak dan bau. Masukkan serai dan kacau seketika. Gerenti bau wangi sebab bahan rempah tadi!


3) Masukkan ayam dan gaul rata sampai ayam kecut dan sedikit masak.


4) Tambahkan air dan asam keping. Biarkan mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kalau nak pedas tak payah tambah gula.
5) Kacau dan biarkan sampai kuah kering. Kalau nak berkuah pun boleh. Kalau suka, boleh tambah sikit kacang panjang. Bila ayam dah masak dan empuk bolehlah matikan api.


Seriously sedap uolss.. Ni ha ada kawan kak bell baru je tengok illustrasi teros mengidam yer! Nampak tak sedap ke tidak walaopun belum masuk mulut. Hihi. Btw, rezeki anak dia la ada 2,3 ketul buat lepas mengidam! Cer korang cuba, gerenti mak mertua or suami sayang. K Bye!

CONVERSATION

4 comments:

TeraXskyn said...

Buatla makan2 kami p nnt kikiki

Bella Natasya said...

Boleh2. Pape i roger!

noorhidayu abu bakar said...

Hahaha.... yg ngidam tu aku la... haha...
Walaupun ko dh bg resepi.. iolss akn cuba lps beranak nnt ye... in syaa Allah.. buat masa skng nk mkn air tgn bella jer... haha... bole? Tq bell...

Bella Jamal said...

haha..boleh je.bapa kuali nak uols i masakkan?kikiki

Instagram

Follow Us