Coffee2 Di KOPI & XOXO πŸ’‹ @TTDI

Hi uolss! Seriously hari ni malas sangat nak mengadap jem balik dari opis. So, kaedahnya pergilah bercoffee2 daripada dok stress berjam- jam dalam kereta kan! Actually, dah lama nak menyinggah di Kopi & XOXO ni tapi baru hari ni sempat nak menyinggah. Btw, cafe ni milik pelakon cantik manis Nora Danish dan kawannya Betty.



Masa kak bell datang, ramai juga pengunjung kafe ni. Maklumlah masing2 baru balik kerja nak bersantai2 bergosip2 kan. Untuk buat pesanan kena pergi kaunter yer. Buta bijik mata korang kalo tak nampak ' Please Order & Pay Here'.




Menu kat sini pun ok. Ada western food, asian food dan The Gorpis. The Gorpis is pisang goreng cheese yer. Btw, menunya limited sahajalah. Untuk hari ni we ols try EL Plato which is set gorpis dengan 5 flavor, bubur Betty dan Kopi XOXO.


Bagi kak bell, tempat ni memang ok nak melepak dan bersantai. Boleh tengoklah environment cafe ni kat bawah ni ek.






Bubur Betty dan gorpis tu memang sedap! Menu yang lain tak tahulah. Untuk bubur tu termasuk dengan kangkung goreng, ikan bilis goreng, telur masin, lobak masin dan kacang. Harga bubur Betty tu ialah RM14.90 (GST inclusive). Memang i suka bubur tu! Sedap!

Bubur Betty

Untuk gorpis ni memang recomended la as the signature dish cafe ni. Tapi penyediaanya lama sikit lah. Sebab kena gigih kot nak buat fritters tu kan! 5 flavor gorpis tu ada perisa original cheese, white choclate, choclate cheese dan yang hijau tu green tea kot! Bagi yang suka cheese, memang sesuai lah dengan tekak korang. Kak bell cepat muak, so lite2 sajalah! Kopi dia pun ok. Tak tahulah kalo korang suka atau tak.

EL Plato RM13 (GST inclusive)

Hot Kopi xoxo

Hot Latte

Untuk harga rasanya bersesuaian lah dengan cafe ni. Kalau korang rasa mahal eloklah beli kat tempat lain. Tak payah nak membebel2 kan! Semua nak komplen. Entah2 buat kopi pun tak pandai. Ahaks! Next time, bolehlah we ols try menu lain dengan segerombolan gadis2 untuk memeriahkan suasana yer! K. Bye!



Outlet Address:
TTDI 135 Jalan Aminuddin Baki
BANGI D-08-G Paragon Point 2 Jln Medan PB5 Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
12.30PM-11.00PM
Monday Closed 

Untuk tempahan:
+60 14-636 0322 (TTDI)
+60 10-219 0264 (BANGI)

CONVERSATION

2 comments:

Muliana Sarip said...

ok nak try bubur tu. mcm sedap je bel.

Bella Jamal said...

Bubur memang sedap! I suka. But baru2 ni my fren pergi cakap service lambat!

Instagram

Follow Us