Resepi Masak Lodeh

Hi korang! Di kesempatan ni kak bell nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua. Tahun ni memang meriah memasak untuk juadah raya. Walaupun kena kerja dan beraya kat KL tapi tetap gigih memasak lepas balik kerja jam 12am! Bersama dengan chef2 jemputan Kak Dania dan Cik Wan berperang kat dapur sediakan juadah raya rendang ayam, masak lodeh, nasi impit dan kuah kacang. 3 ekor ayam yer! Kenduri sakan nampak gayanya.

Kak bell share resepi masak lodeh dulu lah yer. Nak dijadikan cerita tengah gigih memasak ni, gas pulak habis! Nasib baik sekuali rendang dan kuah kacang dah siap. Ngam2 je siap tumis bahan untuk lodeh dan nak masukkan kerisik untuk kuali ke-2, tup gas habis! So continue masak pakai rice cooker ajelah. Bayangkan jam 1pagi baru mula memasak, agak2 pukul berapa nak siap?? Pitam yer memasak! Untuk resepi rendang boleh tengok kat sini > Resepi Rendang Raya


Bahan A
2 batang lobak
1 ikat kacang panjang
Kobis (dicincang kecil)
4 kepung tauhu basah
Fucuk
Suhun
2 batang serai (dititik)
1 kotak Santan
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
* untuk sayur boleh juga nak guna sengkuang, terung dan tempe.

Bahan B (bahan kisar)
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 inci halia
Segenggam udang kering (direndam)
*boleh juga gunakan udang segar atau ikan bilis



Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumis semua bahan B sampai naik bau. Masukkan serai dan tumis sampai naik minyak.


Masukkan lobak, kacang panjang dan kobis. Kacau dan biarkan seketika. Masukkan air pandai2 korang supaya padan dengan bahan- bahan sayur korang. Time ni gas kak bell dah habis..kita teruskan guna rice cooker ye!


Agak2 sayur dah lembut, masukkan tauhu, fucuk, suhun dan santan. Kacau selalu untuk elak santan berketul. Perasakan dengan garam dan boleh tambah air atau santan untuk kawal pekat kuah ikut suka korang.


Bila semua dah masak dan cukup rasa, bolehlah tutup api. Siap masakan lodeh raya kak bell! Dah tak sempat posing lodeh dalam mangkuk dah sebab penat sangat. Tak payah tunggu raya pun kalau nak masak lodeh ni. Sayuran je kot, memang bagus untuk kesihatan kan! Btw, seperiuk lodeh iols habis yer. Sedaplah kot! Kalau ada tempe mesti lagi sedap masak lodeh ni. Rajin2 makan sayur yer korang. K bye.

CONVERSATION

1 comments:

Aron Excell said...

Apesal tak post gambar tukang2 masak sekali? Kasi dorg glam dalam blog you ni haaaa...hik hik hik

Instagram

Follow Us