Pemandulan Kucing (Cat Desexing) : Spay And Neuter Your Pet

Sebelum ni memang kak bell tak pernah spay atau neuterkan kucing. Memula tu sebab nak biarkan dorang merasa mengawan dan beranak. Tapi bila dah aktif sangat beranak pinak, memang perlulah langkah pemandulan dilakukan. Pengalaman kucing betina terkena uterine infections dan anak jantan yang asyik nak mengawan antara punca langkah pemandulan dibuat. Sakit telinga yer bila dok menyahut2 macam serigala! Panjat sana sini sebab nak keluar rumah mengawan dan macam2 lah!



Dengan melakukan pemandulan haiwan perliharaan dapatlah kita kawal kadar masalah homelessness pet dan juga terdapat kebaikan dari segi kesihatan dan behaviour kucing kesayangan kita

SPAY
Spay ialah pemandulan dimana surgeri akan dilakukan dengan membuang uterus, salur fallapio dan ovari kucing betina

NEUTER
Neuter pula pembedahan bagi kucing jantan dengan membuang kedua-dua buah zakar (testis).


Medical benefit pemandulan seperti:
> Kucing akan hidup lebih lama/usia panjang. Bagi kucing betina, dapat elakkan masalah jangkitan uterus dan juga breast tumor. Waktu terbaik adalah sebelum kitar on heat yang pertama.
> Bagi kucing jantan pula dapat elakkan masalah kanser prostat dan testikel kanser.

Behavioral benefit seperti:
> Kucing betina setelah spayed tak akan on heat dan kucing jantan akan behave dari memekik2 nak mengawan dan mengurangkan masalah penandaan kawasan (territory marking) dan sifat agresif kucing yang bergaduh dengan kucing lain. Bau tengik dan hancing air kencing akan hilang (kesan hormon testosteron).

Haha, pishball Sky!

Biasanya kebanyakkan kita akan salah konsep dan percaya terhadap myths selepas spay/neuter, kucing akan overweight dan semua masalah berkaitan behaviour kucing akan selesai. Overfeeding dan tak excercise sebenarnya yang akan menyebabkan kucing korang gemuk. Asyik makan tidur je kita pun boleh overweight kan! Dan tak semua perangai kucing akan totally fixed sebab ianya berkaitan dengan pet individual personaliti dan juga fisiologi kucing tersebut.

Korang boleh mula spay atau neuter kucing kesayangan seawal umur 8 minggu. Penjagaan selepas pemandulan bagi kucing jantan lebih mudah berbanding dengan kucing betina. Masa Sky lepas neuter, dia masih tak sedar. Mata je terbuka. Kesian tengok time tu. Dah terjaga, muntah2 dan terkencing. Walaupun masih blur2 tetap nak manja naik atas katil. Lepas letak dalam sangkar, dia duduk je dalam keadaan mabuk dan tak stabil. Bila dah completely sedar dan stabil, bolehla korang keluarkan anak korang dari sangkar kay. Bukan apa, takut kencing dan muntah merata je.

Habis semua tingkap dia panjat!


TIP SEBELUM & SELEPAS PEMANDULAN


Sebelum Pemandulan
-Minimum puasa selama 4 jam, jangan bagi makan dan minum. Hantar kucing pada waktu pagi dan boleh ambil pada petang hari yang sama * bergantung pada vet


Penjagaan Selepas Pemandulan
-Kesan bius akan bertahan dalam tempoh 14 jam. Dalam beberapa jam, kucing akan bangun. Keadaan mamai dan mabuk adalah normal.
-Mata kucing akan terbuka selepas bius/pemandulan adalah normal dan tiada ubat yang perlu di bawa balik.
-Kucing akan bangun seperti biasa selepas habis kesan bius.
-Rehatkan dalam sangkar dan monitor pernafasan dorang. -Better letak di tempat yang tiada gangguan.

Muezza melawat Sky. Anak dia Cik Hitam dok tengok je dari jauh sebab pelik tengok bapak dia mamai

-Sesetengah kucing akan termuntah lepas kesan bius. -Terberak atau terkencing sendiri tanpa sedar adalah normal.
-Sediakan makanan dan minuman dalam kuantiti yang sedikit. Jangan paksa makan dan minum dan biarkan kucing makan sendiri. Monitor utk elakkan choking jika kesan bius masih ada.
-Tak perlu mandi dalam masa seminggu
-Untuk elak kucing (female cat) menjilat incision site, boleh pakaikan Elizabathen collar bagi elakkan jangkitan.
*untuk kucing betina, jahitan akan kering dan terbuka sendiri dalam masa 1 atau 2 minggu. Pastikan luka jahitan kering (proper healing).
-Jika ada masalah atau infection, bawa semula ke vet

Sebelum ni si Sky ni asyik merentan nak mengawan je! Sampai tak nak makan, bulu gugur teruk. Lepas neuter, Si Sky dah behave, lagi manja. Lepas ni bertambah sihat lah dia. Bulu pun dah stat tumbuh semula. Lepas ni jadi abang sado balik lah dia!


Sumber:
www.aspca.org
Klinik Veterinar Muezza

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us