Melahap Seafood Restoren Sungai Bagan, Tanjung Harapan

Raya ke-5 semalam kak bell beraya di area Klang. Dah alang2 berkunjung raya, shopping raya lah sekejap di Aeon Mall Bukit Tinggi. Walhal dah lama dah mall tu buka, tapi baru berkesempatan nak jengok2. Walaupun tak benti2 makan ketupat rendang segala, tetap masih nak melantak lagi. Gigihla mencari restoren steamboat yang tak mungkin buka lagi kan sebab raya! So, decide nak makan seafood di Muara Ikan Bakar yang top tu..apakan daya masih belum beroperasi. So, hari ni cuba seafood di Sg. Bagan Seafood Restaurant.




Time sampai dalam jam 7ptg dan keadaan kedai lengang sebab ramai yang masih bercuti. Dah malam sikit barulah meriah sikit. Hall makan memang luas dan korang bolehlah pilih view berdekatan dengan sungai. Sesambil feelin tengok kapal2 berlabuh, sesambil lah cik nyamuk pun kendurikan kita kay! Biasalah, tepi sungai dan restoren ni memang kat atas tempat paya bakau. Bila air pasang, jadilah restoren terapung!




Servis memang ok kat sini dan restoren pun di bawah label A untuk kebersihan. Sampai je meja, waiter dah hidang sepiring kacang dan juga chinese tea. Lagipun tak de orang kan. Btw, untuk malam Ahad ada live band kat sini. Bolehlah layan sambil2 dating tu!

So mulalah mission pilih menu untuk dinner. Bagi kak bell, harga menu kat sini memang agak mahal di banding dengan restoren ikan bakar yang lain. Banyak je menu dan aneka hidangan kat sini cuma tak boleh pilih sendiri untuk ikan dan seafood. Dorang yang akan pilih dan masak! Untuk menu lain ada lai chee kang dan juga aiskrim goreng.



We ols order 4 menu je hari ni : siakap 3 rasa, bamboo shell dried chillie, butter prawn dan salted egg crab selain dari nasi. Baru je order uols terus sampai dah makanan! Hey korang ni panaskan aje ke apo ni? Pantass. Untuk udang dan pepahat tu nasib baik order medium portion. Pitam yer tengok harga pepahat seekor rm1.50! Kalau order 10 ekor pun lekat celah gigi je uols! Nasib baik bila bamboo shell sampai, portionnya tak mengecewakan.






Menarik kan tengok gambar2 hidangan ni kan..tapi seriously tak kena dengan tekak juri2 semua. Tak taula something wrong somewhere! Bagi iols tidak enak! Ikan siakap 3 rasa tu macam satu rasa je dan ketam pulak dah macam ketam masak tepung je. Masalahnya bila baca review dan komen pengunjung semuanya puji sedap sangat2! Walhal non hado yer! Selalu berebut nak meratah seafood kan..tapi tidak yer. Paksa rela habiskan sebab mahal tapi tak sedap. Sedih lah!! Tak taula tekak korang camne kan.


Ujung2 time bayar, kacang, wet tissue dan chinese tea ada caj yer! Walhal tak pakai pun tisu, so dorang refund balik. Anyway, the service is good dan bolehlah kalau korang nak mencuba! Mungkin restaurant ni boleh perbaiki lagi mutu masakan dorang di masa akan datang! Jangan marah na!


Ni alamat kalau korang tak nampak alamat kat resit tu kay!

A13002, Tanjung Harapan
Lingkaran Sultan Hishamuddin Port Klang
42000 Klang

Monday-Friday
11.00AM-3.00PM
6.00PM-11.45PM

Saturday-Sunday
11.00AM-12.00AM

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us