Daging Salai Masak Kicap

Hi korang. Dah alang menghapdate, teruslah gigih untuk menu makan malam pulak. Dah 2,3 kali dah keluarkan daging salai ni untuk de-frost tapi tak juga kena masak. Kekononnya tak nak cliche la buat masak lemak cili api. Hujung-hujung masak kicap jew la yang senang. Nak try masakan lain, takut lain pulak rasenya sebab gunakan daging salai. Kak bell buat simple je daging salai masak kicap ni sebab malas nak duduk lelama kat dapur ni ha! Let's tengok resepinya..


Bahan-bahan:
200g daging salai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar (dimayang)
1 inci halia
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
1 sudu kicap pekat
1/2 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara memasak:
1)Tumis bawang putih, bawang merah, halia (nak tumbuk/kisar pun boleh) bersama dengan kulit kayu manis dan bunga lawang.
2)Masukkan daging dan 1/2 cawan air, masak sehingga daging lembut dan empuk. Biasanya tak lama sebab guna daging salai.
3)Kemudian masukkan kicap manis, kicap masin dan kicap pekat. Kacau seketika.
4)Tambahkan air asam jawa dan perasakan dengan garam. 5)Kalau nak kuah banyak tambah air dan adjust rasa sendiri ye.
6)Boleh masukkan lobak hiris, kentang atau tomato ikut kesukaan.


Not bad jugak rasa daging salai masak kicap ni. Btw, if korang nak pedas tambahkan je cili api atau cili kering. Cantik tak masak kicap kak bell? Gigih nak photoshoot. Masak bagai nak rak, kalau ilustrasi tak menarik tak selera juga kan! Tengok hina je tak kuasa nak try resepi kan. K bye. Maafin!

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us