Your Hair Is Your Crown : A Day With Svenson Hair Care Expert

Hari ni kak bell nak cerita sikit pasal 'crown'. Bukan crown pertandingan ratu cantik yer tapi mahkota yang kat atas kepala tu hah. Biasa orang cakap rambut adalah mahkota wanita tapi tak kurang juga penting bagi lelaki. Sesetengah orang tu berjam2 mendandan rambut just to look attractive! Your hair is your crown, treat it like the queen! Gittew! Rambut memang adalah refleksi bagi diri kita. Dengan mengubah style dan dandanan rambut memang penampilan akan berubah. Pernah dengar 'bad hair day' tak? Sampaikan rambut pun jadi pepatah kay.

Svenson Professional

Sebenarnya kali ni nak kongsikan pengalaman kak bell dengan Svenson Hair Care Expert untuk dapatkan nasihat dan analisis tentang penjagaan rambut dan kulit kepala (scalp). Kalau korang nak tahu Trichology ni merupakan cabang dermatologi yang melibatkan kajian saintifik kesihatan rambut dan kulit kepala. So elok sangatlah, dapat berjumpa dengan ahli trikologi profesional yang terkenal, Deborah Whelan untuk khidmat nasihat especially tentang keguguran rambut.


ABOUT SVENSON
Svenson Hair Centres ni mempunyai pengalaman lebih 60 tahun dalam bidang trikologi. Svenson memang terkenal secara global sebagai pelopor dalam bidang penjagaan rambut dan kulit kepala. Teknologi dan hasil penyelidikan Svenson, disamping ahli trikologi profesional dorang mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan rambut dengan komited, holistik dan berkesan!



Semasa sesi analisis dengan Deborah Whelan, sempatlah kak bell tanya tentang masalah rambut gugur dan juga kelemumur (hair loss & dandruff). Suprisingly, keputusan analisis rambut & kulit kepala kak bel sihat! Cuma ada sikit frontal hair losses! Korang boleh rujuk kat bawah ni adalah diantara punca-punca keguguran rambut:

1)Kulit kepala berminyak
2)Kelemumur (dandruff)
3)Genetik/Keturunan
4)Stress!
5)Alkoholic dan/atau perokok
6)Diet makanan yang bermunyak dan tinggi garam
7)Penggunaan hair-styling produk yang berlebihan
8)Mudah marah/Cepat mood swings
9)Kenaikan berat yang mendadak
10) Irregular atau tak cukup tidur


Diantara tips untuk sesi untuk analisis tadi seperti:
* shampoo daily/ twice daily bergantung kepada keadaan kulit kepala (as long as no itchy)
* Elakkan strong heat semasa blow-drying
* Guna shampoo yang sesuai dan cara shampoo yang betul

Pengalaman pertama dengan Svenson untuk rawatan keguguran rambut dan kelemumur memang best! Walaupun di hari minggu tetap ramai pengunjung yang datang untuk buat rawatan.

Untuk perawatan bagi kulit kepala kak bell, beberapa kaedah digunakan.
1) Pre Voluscalp Treatment (PVT) -For soften dead skincells
2) High Frequency Treatment (HF) -For antiseptic & antibacteria
3) Laser Treatment (LS) -For increasing blood circulation
4) Eugenol Treatment (ESD)

Sebelum rambut di belai dengan produk berikut, terlebih dulu kulit kepala akan diletakkan cream selama 10 minit dan rambut akan distim.


Lepas proses pertama dan rambut dah di cuci. Teruskan dengan rawatan seterusnya.

High Frequency Treatment

Laser Treatment

Eugenol Treatment

Memang seronok buat rawatan kat sini dan yang penting memang kulit kepala kak bell bersih dan semua itchyness hilang! Cuma tak boleh cuci rambut lepas 8jam selepas rawatan ye.


Produk penjagaan rambut dari Svenson bermula dari range Normal & Oily to Mild Scaling Scalp, Thinning Hair dan Flaky Scalp with Dandruff. Terdapat 3 langkah penjagaan yang terdiri daripada : 1) Cleanse 2)Treat 3) Density. Boleh rujuk set penjagaan produk seperti berikut kay!

Normal, Oily to Mild Scaling Scalp
1)Cleanse : Purifying Shampoo (Tea Trea Oil & Thyme Oil)
2)Treat : Olamine Cream (Piroctone Olamine)
3)Density : Hair Growth Booster (Nettle Extract)

Thinning Hair
1)Cleanse : Purifying Shampoo (Tea Trea Oil & Thyme Oil)
2)Treat : Scalp Stimulant Cream (Methyl Nicotinate)
3)Density : Hair Growth Booster (Nettle Extract)

Flaky Scalp with Dandruff
1)Cleanse : Juniper Shampoo (Juniper Tar Oil, Tea Trea Oil & Rosemary Oil)
2)Treat : Juniper Scalp Cream (Salicylic Acid, Sulfur, Juniper Tar Oil & Tea Trea Oil)
3)Density : Hair Growth Booster (Nettle Extract)







So kalau korang ada permasalahan rambut bolehlah datang ke Svenson Hair Care Expert untuk mendapatkan rawatan kay! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.svensonhair.com.my




































CONVERSATION

6 comments:

Aron eXcell said...

Hi, Bella! Good information. Menarik artikel you kali ni dengan lampiran gambar produk-produk dan treatment Svenson Hair Centre. Keep up good work!

Bella Jamal said...

Tq for your comment! Will strive harder :)

Hunny Kitty said...

wow!! ayt mcm hair xpert! kudos Bell...pawaaaaa

Bella Jamal said...

haha. aritu dapat complimentary treatment skali.hiks

Anonymous said...

wahh macam artis gitu. Best pulak baca blog ni

Bella Jamal said...

Sonok dapat pampered diri skali sekala!

Instagram

Follow Us