Twilight Breaking Down Part 3!

Korang suka tengok cerita fantasi tak? For sure korang mesti suka tengok cerita Twilight kan? Kak bell memang suka sangat cerita ni sebab fefeling Bella Swan! Haha. Tambahan pulak dengan konflik cinta 3 segi serigala dan vampire. Over tau Bella Swan ni semua dia nak!

Twilight ni siri filem adaptasi dari novel karya Stephenie Meyer. Gigih yer semua siri kak bell tengok sampai download lagi. Kaedahnya si Bella Swan ni bercinta dengan vampire Edward Cullen yang hampir vegetarian hokkey. Vegetarian sebab tak makan darah manusia kan! Walaupun kak bell disingkirkan dari produksi ni. Cukuplah sebab sempat gak poster sekuel New Moon ni siap sebelum Bella Swan ambik role kak bell sebagai heroin. Pengsan tak korang tengok akak kat papan billboard cam ni!



Disebabkan tergila2 kan sangat dengan movie ni, kawan akak buat poster ni untuk akak. Time tu ketawa macam nak gila. Lawak sangat. So sekarang akak stress nak pilih Jacob ke Edward Cullen?? Felin ke tidak uols??

Masalahnya heboh cakap yang sekuel baru akan keluar tp tak sure lah betul atau tak kan. Kalau ada layankan ajelah yer. Masing2 buat trailer part 3 Jacob & Renesmee. Kat bawah ni trailer Jacob & Renesmee-Crossbreed. True or Hoax??



Btw lagu Christina Perri untuk filem ni memang best kan! Feling sangat dengan lagu Thousand Years.


Saje je kak bel buat kompilasi poster2 sekuel citer Twillight ni. Jangan lupa pulak poster yang kat atas tu tau! Nantikan tayangan perdana di pawagam berhampiran kay!







CONVERSATION

2 comments:

Anonymous said...

takpe lah nak, dah kamoo suke, mak nak buat camane lgi

Bella Jamal said...

Haha. Best tak kalo ada power cam vampire

Instagram

Follow Us