Resepi Sup Ayam Mudah & Ringkas

Masakan sup ni paling senang nak masak sebab boleh olah dengan macam2 jenis bahan ikut suka apa korang nak letak. Just campak je semua bahan2 dan biarkan je masak. Resepi mudah ni kak bell tak gunakan sup bunjut atau rempah sup. Guna bahan rempah asli gitu kay.


Bahan A
6 ketul ayam (ikut suka)
2 biji kentang (belah 4)
2 biji cili api
1 sudu teh lada hitam
1 biji tomato
Kobis bunga (dipotong kecil)
* boleh guna lobak atau lain2
Daun sup & daun bawang
Minyak masak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
#hari ni tak letak daun sup bagai sebab tak ada. Korang pun boleh letak bawang goreng

Bahan B (bahan tumis & hiris)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
* 3 kuntum bunga cengkih (optional)


Cara Memasak:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan B dan lada hitam


Dah naik bau, masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan ayam kering atas kuali.


Masukkan kentang, air, garam dan biarkan mendidih


Agak2 kentang dah lembut dan ayam dah masak, boleh masukkan tomato dan kobis bunga.


Biarkan seketika sampai sayur masak dan bolehlah tutup api.


Dah selesai. Kalau ada daun sup dan lobak mesti lagi sedap sup ayam ni. Senang je kan resepinya. For sure resepi korang lagi meriah. Jadilah untuk buat sahur jap lagi. Selamat bersahur uolss!

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us