Resepi Nasi Goreng Kampung Bellarina (Chillie Fried Rice)

Memang sayang kalau nasi yang tak habis berbaki dalam periuk. Jawapannya buat nasi goreng lah kan! Kalau dah teringin sangat, sampai gigihlah tanak nasi sebab nak buat nasi goreng ye tak? Banyak jer resepi dan cara buat nasi goreng ni. Untuk nasi better masak keras sedikit untuk masak nasi goreng ni. Resepi kali ni, kak bell gunakan sedikit belacan untuk penambah rasa nasi goreng kampung bellarina!


Bahan A
3 cawan nasi sejuk
1/2 ikat kangkung (potong dan cuci bersih)
1 cawan ikan bilis (digoreng garing)
1 cawan isi ayam (potong dadu/kecil)
Blackpaper
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan B (bahan tumbuk/kisar)
10 biji cili padi (optional)
1 biji bawang besar / 7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci belacan (dibakar)

Untuk nasi tu korang kena peroikan, kena gaulkan dulu supaya tak berketul. Cili padi tu pepandai korang lah. Kalau dah hantu pedas korang bantaikan aje 20 bijik. Hujung2 kene ceri beri kan!

Cara Memasak:

1) Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Petua untuk nasik goreng sedap, bahan tumbuk tu korang kena tumis sampai masak dan garing. Kalau terlalu kering, boleh tambah sedikit air. Bahan tumis sebaiknya ditumbuk sebab tak nak terlalu berair. Boleh je nak kisar, tapi kisar kering ye uols.

2) Bila bahan tumis dah garing, masukkan isi ayam dan perasakan dengan sedikit garam. Kalau suka, boleh tambahkan serbuk perasa sikit. Tumis sehingga isi ayam masak.

3) Kemudian masukkan sayur kangkung, nasi dan gaul rata. Boleh tabur sedikit blackpaper jika suka. Bila dah siap, bolehlah tutup api dan baru masukan ikan bilis yang digoreng tadi.


Senang dan simple je kan. Dah siap dah menu sahur kejap lagi. Tak kuasalah nak masak jam 3, 4 pagi kan! Korang tak perlu khuatir, memang sedap resepi nasi goreng bellarina ni. Haha. K bye.

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us