Perkembangan Anak Kucing & Kitten Sexing

Hari ni nak kongsikan sedikit tentang kitten development. Ibu bapa si furries pasti gembira bila si comel ni dah beranak. So kena ambil tahulah serba sedikit tentang perkembangan anak kucing setelah kelahiran.


Anak kucing yang baru lahir ni memang akan bergantung pada ibu kucing sepenuhnya. Waktu ni semua anak kucing dalam keaadaan buta dan pekak. Anak kucing yang lahir dengan berat sekitar 100g. Kecik macam anak tikus je bila tengok! Waktu ni anak kucing akan menyusu dari ibunya dan tidur ajelah.



Minggu Pertama
Masa ni mata anak kucing dan telinganya tertutup (folded), tak boleh berdiri, makan atau minum sendiri. Semuanya bergantung kepada ibu kucing. Jika tiada induk/ibu, bottle feeding perlu diberi setiap 2jam. Waktu ni masa kritikallah, sebab kematian anak kucing boleh terjadi.



Within 1st week, deria bau & rasa, pendengaran dah mula develop. Telinga akan mula terbuka (unfolded) tapi mata masih tertutup. Anak kucing dah mula boleh kenal bau ibu dan juga bau manusia. Waktu ni boleh tengok mereka akan bertindakbalas like hissing (macam marah) dengan bau selain ibunya.

Bagi shorthair kitten akan mula buka mata dalam masa 5-8 hari dan longhair kitten ambil masa dalam 10-14 hari.


Minggu Ke-2
Mata anak kucing dan telinga anak kucing dah terbuka sepenuhnya. Anak kucing dah mula merangkak/bergerak. Masa ni jugak kitten akan duduk berkelompok untuk kekalkan suhu badan. Pada usia ni, semua mata anak kucing berwarna biru. Warna sebenar mata anak kucing akan berubah sepenuhnya setelah berusia 2 bulan.


Anak kucing dah mula berinteraksi dengan kitten yang lain dan akan bertindakbalas dengan bunyi dan juga bau yang tak dikenali. Bau kita lah tu!

Minggu ke-3
Pada minggu ni korang dah boleh tengok samaada kitten korang boy or girl. Korang pun dah mula boleh sediakan litter box dan wet food untuk proses weaning. Lebih bagus mula dengan wet food. Btw, kucing kak bell teros je makan solid food sebab memasing serbu bekas makanan je dah try nak asah gigi kan! Dalam minggu ni juga dah boleh nampak kitten dah pandai grooming dengan menjilat badan. Kene beware jugalah sebab dorang dah mula mencakar!



Untuk kitten sexing boleh rujuk gambar bawah ni. Boleh tentukan dengan 2 cara iaitu dari bentuk genitalia dan jarak antara anus dan alat genetilia.

Female kitten
- Jarak anus dan genitalia dekat/pendek (closed)
- genitalia berbentuk vertikal

Male kitten 
- Jarak anus & urinary track jauh/panjang (greater)
- genitalia berbentuk bulat


Minggu ke-4
Anak meow dah mula bermain & berlari dan develop motor skill. Memang nakallah time ni! Dalam hari ke-20, anak kucing dah mula berak dan kencing sendiri. Waktu ni dah boleh stat litter box training. Memula tu memang dorang akan berak merata. Just bersihkan tempat tersebut dengan bersih dan letak dorang dalam litter box untuk dorang kenal bau dulu. Pasti ok je dorang akan poo dan pee kt dalam litter box! So far kucing kak bell semua pandai poo & pee kat toilet dorang.


Nota Tambahan
1) Selepas 14-17 hari kelahiran, telinga anak kucing akan terbuka & mula mendengar
2) Kitten akan mula mendengar sepenuhnya & respon terhadap bunyi sekitar hari yang ke-25
3) Pada hari ke-18, kitten dah mula buat langkah pertama untuk berjalan
4) Gigi sementara akan diganti dengan gigi kekal lebih kurang pada minggu ke-8
5) Anak kucing tidak berak dan kencing sendiri sehingga tempoh lebih kurang 23 hari selepas kelahiran. Ibu kucing akan menjilat genital area untuk merangsang proses urinating.


Sedar tak sedar memang cepat je dorang ni membesar! Time ni lah dorang paling comel. But hati2 lah sebab anak kucing ni masih tak dapat kawal cakar diorang. Memang calar balarlah jawabnya. Memasing dah stat nak memanjat sana -sini. Sampai kan kita ni pun macam cat tree dah! Just cherish the moment sebab waktu ni singkat je. Tengok2 dah jadi anak dara. So lainlah pulak ceritanya kan..












CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us