Purr..Purr..Kucing Berdengkur? : Why Cat Purr's

Pernah tak dengar kucing korang berdengkur? Bukan dengkur tidur tu tapi purring. Actually ada perbezaan bila kucing ni berdengkur. Time makan or time lahirkan anak pun dorang akan purring. Macam cara komunikasi si furries ni dengan manusialah kiranya.


Dengkuran atau purring ni tunjukkan kucing korang ni berada dalam keadaan ketenangan dan keselesaan. Especially masa korang belai dan masa si bulus ni nak bermanja. Nak tunjuk kasih sayang dorang lah kot! Senang cakap, nak express perasaan gembira dan senang mereka pada kita. Merujuk pada ahli Zoologist British, Desmond Morris, purring merujuk kepada tanda persahabatan, senang ketika ditemani atau pada saat mereka memerlukan teman. Nak tahu lebih lanjut korang bacalah buku zoologist ni tajuknya : Cat Watching-Why cats purr and everything else you ever wanted to know.

"The domestic cat is a contradiction. No animal has developed such an intimate relationship with mankind, while at the same time demanding and getting such independence of movement and action. The dog may be man's best friend, but it is rarely allowed out on its own to wander from garden to garden or street to street. The headstrong cat walks alone." 

Dengkuran kucing ni juga sebenarnya beri kebaikan kepada kucing tu sendiri dan juga tuannya. Boleh rujuk bawah ni yer.


Selain dari purring, kucing korang ada tak behaviour pelik macam..
1) Suka sangat tengok luar tingkap. Sampai berebut2 nak menghayati keindahan alam. Kucing memang pandai menghayati alam yer.
2) Suka pandang dinding. Kadang2 tu suka main2 sendirian. Misteri sangat tengok, macam tengah main dengan kawan misteri dia pulak!
3) Suka mengintip dan amati kita dari jauh. Sesambil tu mengedip mata dorang dengan perlahan. Tanda percaya kat kita tu tau!


Kadang2 tu asyik nak menempek je dengan kita kan. Bayangkan kak bell sekarang ada 14 ekor moew memang gigihlah nak melayan sorang punya kerenah. Btw, gambar untuk edisi kali ni guna gambar anak kawan kak bell, Cik Ninot. Kokie nama dia. Dia ni anak 2nd batch si Muezza. Comel kan? Pandai sangat ko photoshoot ek! Seronok dan bahagia tengok dia membesar handsome sebagai johan!

Selain purring, ada juga yang akan pijak2 kita dengan kaki dorang kat badan kita. Like2 macam urut badan kita la tu. Tambah2 dengan kuku pulak kan. Habis calar balar jawapannya. Kesimpulannya, kalau dengar si bulus ni purring dengan korang means dorang tengah happy la tu!

CONVERSATION

4 comments:

Nana Mazliana said...

Kokie tu baka apa eh bell..mcm sama ngan coco meow nana..lbh kurang mcm pic tu,nampak mcm bsar tp baru umo 6 bln..

Hafiz Xorro said...

Sama mcm kucing sya...bru umur 6 bln tp besar sbb mix maine coon n siam

Bella Jamal said...

Nana br perasan komen nana. Sory terlepas pandang. Kucing Bella semua baka mix DLH. Asal baka dia Mix Persian dgn Maincoone. Dah bercampur2 ni sampai tak tahu dah baka apa. Yg penting bulu panjang n ada ciat kat leher.hehe

Bella Jamal said...

Yup Hafiz Xorro. Kalau ada baka Maincoone tu memang debak lah badannya. Hehe

Instagram

Follow Us