Ketam Masak Lemak Cili Api Bersama Timun

Hari ni tetiba mengidam pulak nak makan ketam. Selalunya kak bell memang malas nak masak ketam sebab kena gigih nak makan isi ketam. Jadi hari ni nak kongsi resepi masak lemak cili api ketam yang simple dan sedap. As usual, kalau masak masakan berkuah mesti kak bell akan tambah sayuran. Iols gunakan timun untuk edisi kali ni yer.


Untuk pilihan ketam ikut suka korang. Jangan masak ketam batu or ketam beracun sudah! Yang penting pilih ketam segar supaya masakan korang pun segar dan meletop gittew! Selain timun boleh juga gantikan dengan nenas atau belimbing buluh. Untuk timun, boleh je gunakan timun biasa, timun kuning atau timun bulu.

Timun Bulu


Bahan A
2 ekor ketam segar
2 batang serai (dititik)
1 biji timun
1 helai daun kunyit (disiat)
1 biji cili merah
1 keping asam gelugor
Santan
Sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan B (bahan kisar)
4 biji cili api
1 biji bawang besar 
2 biji bawang putih 
1 inci kunyit hidup 
1/2 inci belacan 
* utk bawang merah/ besar boleh je tambah je sesuka hati


Korang pandai siang ketam tak? Kalau dah tak pandai sangat or malas nak siang, korang suruh je abang kat kedai tu tolong siangkan. Senang cite! Kalau tak de service potong/siang ikan, apa salahnya cuba buat sendiri. Bukak you tube tu ha. Sedih la korang ni itu pun nak ajar! Maafin ya!


Cara Penyediaan:
1) Bersihkan ketam, kerat kepada 2 bahagian, potong dan ketuk bahagian penyepit supaya senang nak masak dan keluarkan isinya bila nak makan nanti. Cuci bersih dan toskan.
2) Masukkan ketam, bahan kisar, serai dan asam gelugor ke dalam periuk beserta sedikit air. Kacau rata dan masak sampai ketam berubah warna.
3) Masukkan santan dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
4) Bila sudah mendidih, masukkan timun, daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya.
5) Kacau selalu dengan api perlahan dan masak hingga timun lembut. Rasa dah ok, sedap meletop bolehlah tutup api.



Kak bell memang suka masak berkuah supaya tak tercekik masa melahap nanti. Korang just adjust air dan santan ajelah yer untuk menyedapkan lagi masakan ketam itu! Nasib baiklah ketam mahal, kalau tak hari2 kak bell masak ketam. Selamat menjamu selera!!









CONVERSATION

5 comments:

nur ezzah said...

Uish sedapnye masak lemak

nur ezzah said...

Uish sedapnye masak lemak

Aron eXcell said...

Thanks again Bell bawakan masak lemak ketam you bagi kami rasa. So delicious!

ismael zaharee said...

Ok. Nnt nak mintak kakak tolong masakkan boleh? 😆😆😆

Bella Jamal said...

insyaAllah boleh aje

Instagram

Follow Us