DISTOKIA : Masalah Kucing Beranak (Dystocia : Cat Birth Difficulties)

Hari ni nak kongsikan sedikit tentang pengalaman tentang kelahiran anak kucing. Mesti parents kepada anak bulus happy bila tahu si bulus yang disayangi dah mengandung. Memang nervous bila menunggu kelahiran anak kucing ni. Kebiasaannya tempoh pregnancy kucing dalam anggaran 63-65 hari dari tarikh mating.


Setakat ni, semua anak bulus kak bell beranak normal. Cuma bagi Cik Lucy je, 1st kelahirannya yang agak sukar dan ambil masa yang agak panjang.

Cik Lucy

DISTOKIA (Dystocia) kerap berlaku pada kucing muda bawah umur setahun yang sarat mengandung. Bahasa mudahnya ialah kesukaran melahirkan anak secara normal. Jangan ingat manusia je susah nak beranak. Kucing pun ada mengalami masalah ni.
Terdapat 3 tahap kelahiran ibu kucing yang boleh diperhatikan;

Stage I
Tempoh kelahiran stage I mengambil masa 6-12 jam, di mana kucing akan kelihatan resah kerana kontraksi yang tinggi, sering menunjukkan ‘nesting behaviour’ dan pernafasan yang laju dan berombak. Fasa servik menipis dan membuka.

Stage II
Waktu fetus keluar daripada birth canal ibunya. Kontraksi lebih ketara dilihat ketika meneran keluar. Sekiranya tempoh kelahiran tidak progresif hendaklah segera bawa kucing ke klinik veterinar berdekatan untuk rawatan lanjut. Diantaranya ;
• JIka tempoh kandungan melebihi 70 hari
• Keadaan ibu kucing yang terlalu lemah dan sakit
• Stage I berterusan melebihi 24 jam tanpa kelahiran walau satu pun anak
• Tempoh rehat antara kontraksi terlalu lama melebihi 4-5jam
• JIka terdapat bau busuk dari kawasan vagina

Stage III
Apabila placenta/uri selesai keluar menandakan keseluruhan proses bersalin itu telah selesai

Muezza


Pengalaman pertama kak bell adalah masa kelahiran pertama baby si Muezza. Alhamdulillah dah 3 kali dia beranak dan semua berjalan lancar. Cuma waktu 1st tu Muezza lagi selesa beranak dalam carrier walaupun dah sediakan kotak. Paling menyentuh perasaan bila kedua2 mommy ni nak mama dia ada kat sisi semasa dorang beranak. Si Muezza memang tak boleh ditinggalkan langsung. Pengalaman masa 3rd birth, boleh pulak dia keluar daripada kotak bila nampak kak bell nak tinggalkan dia. Padahal anak dah keluar sekor ni. Emosi sangat time tu! Nampak tak peranan mama dia masa ni. Ingatkan tak sayangkan mama dia!

 2nd birth experience

3rd birth 

Lain pula pengalaman dengan Cik Lucy. Lucy ambil masa dan alami kontraksi panjang. Bayangkan dah sakit nak beranak dari jam 5 petang masih tak beranak sampai hampir jam 1pagi. Rupanya si Lucy sangat nervous dan tunggu kak bell balik dari kerja. Masa tu dah hampir jam 1 pagi baru dia mula beranak. Sedih sangat masa tu sebab memang nampak dia susah nak beranak.


Bayangkan waktu tu ambil masa sampai jam 4 pagi untuk dia habis beranak. Lega semuanya selamat tanpa perlu cari vet pagi2 buta kan!


Lepas habis je beranak, teros si Lucy tido sebab kepenatan. Btw, si Lucy ni jenis tak makan uri anak dia dan proses jilat anak dia pun lambat berbanding Muezza lebih cepat dan faham apa yang perlu dibuat. Cuma masa 1st anak Muezza keluar boleh pulak dia melompat sebab terkejut! Time ni memang kelakar lah walaupun time kecemasan kan!


KENAPA DISTOKIA BOLEH TERJADI?

Faktor Ibu
• Bentuk tulang pinggul/ laluan kelahiran yang sempit disebabkan kejadian semula jadi atau pun patah kerana kemalangan
• Kontraksi rahim yang lemah semasa tempoh kelahiran, boleh disebabkan exhaustion (kepenatan)

Faktor Anak
• Saiz anak yang besar
• Posisi kelahiran songsang
• Kecacatan fetus (hydrocephalus)

Perkara ni memang penting sebab takut kematian anak kucing dalam rahim ibu kucing. Jika masa terlalu lama tanpa kelahiran, eloklah bawa ke vet bagi menyelamatkan nyawa si bulus.

RAWATAN BAGI DISTOKIA PADA KUCING
1. Sekiranya kontraksi dirasakan lemah dan fasa rehat antara kontraksi terlalu lama, kucing tersebut akan diberikan suntikan bagi meningkatkan kontraksi rahim
2. Sekiranya ibu kucing dilihat terlalu resah/nervous sehingga mengganggu kelahiran, sedikit sedative pada dose yang rendah akan diberikan untuk menenangkannya.
3. Sekiranya tempoh kelahiran prolonged atau terlalu lama menyebabkan paras gula menurun dan kehilangan tenaga, ibu kucing tersebut akan diberikan Kalsium dan suntikan tertentu untuk meningkatkan balik kontraksi rahim.
4. Namun sekiranya, berlaku gangguan/ halangan pada birth canal dan semua rawatan di atas tidak berjaya, vet akan menjalankan surgeri C-section (caesarean) sebagai langkah terakhir atau jika dirasakan kes tersebut kritikal dan kecemasan, bagi menyelamatkan ibu dan anak-anak yang masih hidup.

Anak 1st batch Muezza

Buat parents si bulus semua janganlah terlalu risau jika kucing korang mengandung, tak semua kucing alami perkara yang sama. Just temankan kucing korang dan sering perhatikan setiap perubahan fizikal, behaviour dan paling penting kena peka dengan keperluan mereka. Penting kerana dorang tak boleh bercakap untuk menjelaskan sesuatu perkara kepada kita! Just cherish the moments kay!

Sumber:
Klinik Haiwan I-Vet Petcare
WebMD





CONVERSATION

3 comments:

siti fadzilah mohd isa said...

wow.. thanks bell.. really helpful.

Unknown said...

Kucing saya semalam macam dah tunjuk tanda tanda nak beranak. Tapi sampai ke petang hari ni dia tak beranak. Lepas tu sekarang ni dia asyik baring lemah je 😭 kenapa jadi macam tu ?

Bella Jamal said...

Dah berapa jam tu? 1st time beranak ke? Kalau macam tu better lah bawak pergi vet. Sebab kita pun tak dapat nak tentukan sebab apa dia susah beranak. Vet lebih arif. Paham perasaan you. Semoga semuanya selamat ya :)

Instagram

Follow Us