Cucur Tauhu Lazat!

Kebiasaan bagi kaum mak2 ni buat kudapan untuk minum petang. Sesambil minum teh memang sedap melayan cucur tauhu ni. So nak berjimat di bulan Ramadhan ni, kak bell buat cucur tauhu untuk juadah berbuka.


 Bahan- bahan:
2 keping tauhu
1 labu bawang besar
1/2 batang lobak (dipotong dadu)
1 biji cili merah (dicincang)
2 pokok daun kucai
1 biji telur
Tepung gandum
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak
Sos cili sebagai pencecah

Semua bahan2 dipotong kecil atau dadu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.


Pecahkan telur dan perasakan dengan sedikit garam. Boleh juga masukkan secubit kunyit sebagai bahan warna tambah. Petua nak bagi garing dan rangup korang boleh sejukkan adunan dalam peti sejuk sekejap sebelum menggoreng. Petua ni kak bell dapat dari arwah kawan kak bell. Rindu dengan masakan arwah!


Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali. Sudukan sampai habis gittew! Pakai kuali non stick senang sebab tak melekat! Goreng sehingga warna kuning keemasan. Done! Sedia dihidangkan kepada tetamu yer.


Memang sedap dan lembut cucur tauhu ni. Nak campur udang pun boleh. Tapi jadi cucur udanglah pulak kan. Bolehlah korang cuba tau! Simple dan sedap!

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us