Catnip & Cat Grass To Satisfy Furries!

Kali ni kak bel nak kongsi sedikit tentang catnip dan cat grass. For sure kebanyakkan kita bela kucing secara indoor kan? So bolehlah tanam cat grass kat dalam rumah just to satisfy our kitty's for green! Kesian pulak si anak bulus tak kenal rumput kat luar tu kan. Tengok Cik Lucy ni ha, kesian dia sampai masuk dalam beg nak main2.


CATNIP
Catnip atau biasanya kita panggil pokok galak kucing ni boleh menyebabkan kucing korang going nuts! Macam feline 'happy' feremon (pheromones) bagi si bulus. Untuk pengenalan rujuk ilustrasi kat bawah ni ya!


Catnip ni tergolong kepada jenis herba atau 'mint'. Terdapat banyak jenis catnip dan juga digunakan oleh manusia sebagai herba masakan dan teh herba. Tapi takdelah sampai korang tergolek2 macam si bulus tu nanti!


Kandungan bahan kimia 'nepetalactone' pada catnip ni yang boleh menyebabkan kucing korang going nuts! Macam kena ecstasy gitu! Btw, bukan kucing je yang sukakan catnip. Kajian pada leopard, cougar juga menunjukkan kesan yang sama je dengan domestic cat!



Kadang2 ada juga kucing yang tidak beri reaksi pada catnip. Kajian cakap dalam 50% kucing tak bertindak balas terhadap catnip disebabkn inherited sensitivity (genetik). Kalau kucing korang tak bawa trait atau gene tu, memang dorang tak akan respond buatla macam mana pun!



Kalau korang nak tahu bahan kimia nepetalactone digunakan sebagai bahan aktif repellant untuk serangga, nyamuk dan juga termites. Tapi korang jangan risaulah sebab ianya tidak berbahaya pada kucing korang.


Sky melayan catnip

CAT GRASS
Cat grass pula boleh di jadikan sumber fiber diet bagi kucing korang. Macam selalu je kita nampak kucing2 outdoor yang makan rumput atau pokok kat luar tu. Macam ubat lah kot!



Kebaikan Cat Grass
-Sumber fiber diet untuk kucing (sumber niacin dan vitamin B)
-Bantu untuk muntahkan hair ball atau bahan lain yang toxic atau bendasing dalam perut kucing
-Boleh merawat dan mengelakkan masalah sembelit dan diarrhea pada kucing

Senang je nak tanam cat grass ni. Just beli cat grass seed di mana2 pet shop dan follow je instruction untuk tanam macam mana. Dalam seminggu je cat grass ni akan grow. Cubalah try untuk happykan kucing korang. Kucing pun nak happy tau!




                                    











CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us