Bolehkah Kucing Makan Makanan Manusia? (Human Food For Cat)

Selain dari kibbles dan wet food untuk kucing, ada juga makanan manusia yang boleh di makan oleh meow korang. Btw, tak semua makanan manusia baik untuk si furries kesayangan. Terdapat beberapa makanan dan minuman kita yang baik dan juga berbahaya bagi kucing. Bukannya kak bel nak kritik tentang apa makanan yang korang bagi pada kucing korang. Terpulang asalkan si bulus korang sihat sudah!

 

Korang boleh rujuk bawah ni di antara human food yang baik & bahaya untuk meow korang yer.

Susu
Kucing sebenarnya laktosa intoleran. Kandungan laktosa dalam susu akan ganggu pencernaan kucing dan menyebabkan cirit birit. Boleh bagi susu formula khas untuk kucing yang bebas laktosa. So far kak bell bagi susu kambing dan ok untuk dorang semua.

Tulang

Kebiasaannya memang sinonim kalau kucing makan tulang. Kalau boleh elakkan untuk elakkan luka pada usus atau mulut kucing.

Bawang

Bahaya kerana akan menyebabkan anemia

Tomato & Kentang

Kandungan alkaloid beracun dan berbahaya untuk pencernaan kucing

Anggur/Kismis
Bahaya untuk kesihatan ginjal kucing

Kafein

Menyebabkan dehidrasi pada kucing

Coklat

Boleh sempitkan pembuluh darah dan menyababkan muntah, diarrhea, demam & serangan jantung

Avocado

Kandungan 'persin' beracun bagi kucing. Antara tanda keracunan seperti muntah, cirit birit, lesu dan susah bernafas

Ikan mentah

Menyebabkan deficiancy vitamin B1 (thiamine) untuk kucing. Mesti masak atau rebus dahulu ikan untuk buang enzim thiaminase.

Putih telur & hati mentah

Kucing mempunyai had untuk penerimaan Vit A daripada hati mentah. Manakala putih telur akan mengurangkan/menghentikan penyerapan vitamin B (biotin) bagi kucing. Btw, ada je yg bagi hati ayam ni dan kucing dorang memang gemuk. Just rebus dululah sebelum bg kat kucing korang. Selebihnya, bolehlah rujuk kat bawah ni ya!




So korang bolehlah hati2 nak bagi makanan2 di atas untuk kucing korang. Bagi makan yang common dan selamat sudah. Jangan korang bagi minuman beralkohol pulak! Kat bawah ni selingan anak2 kak bell sibuk nak makan makanan berkhasiat!


Kes mengamuk tak dapat ayam rebus ke ni?

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us