Berbuka Puasa di Rumah Tamu Datin Halijah @Taman Dato Senu - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Berbuka Puasa di Rumah Tamu Datin Halijah @Taman Dato Senu

Trending

Berbuka Puasa di Rumah Tamu Datin Halijah @Taman Dato Senu

Hi uolss! Hari ni 14 Ramadhan 1437H, pertama kali kak bell berbuka puasa di luar. Destinasi hari ni berbuka di Rumah Tamu Datin Halijah di area Taman Dato Senu, Sentul. Tempat ni bersebelahan je dengan Nailis Sentul Restaurant. Rumah Tamu DH ni berusia lebih 100 tahun dan masih kekalkan konsep dan motif rumah tradisional melayu. Kalau korang nak buat event ataupun homestyle wedding boleh juga buat kat sini.



Buffet Ramadhan kali ni menawarkan macam2 juadah untuk berbuka. Harga bermula dari RM29 ke RM49 termasuk GST. Juadah masakan kampung dia memang sedap sangat uols! Memang berbaloi korang datang sini. 5 bintang yer kak bell bagi!

RM45/pax untuk dewasa (10pax++)
RM29/pax untuk warga emas & kanak2

Tempat pun luas dan disediakan ruangan untuk solat. Sesambil makan tu, telinga korang disajikan juga dengan live band kat sini. So bersesuaian dengan tema, kita dengar lagu keroncong kay! Memasing dah ready nak rampas microphone tadi nak hiburkan tetamu kat sini. Over tau!



Pentas Live Band

Ruang Makan

Terdapat 6 station untuk makanan iaitu bahagian nasi berlauk, western corner, kuih muih stall, hot stall (kambing golek etc), beverages & dessert stall dan noodles station. Semua jenis makanan ada kat sini. Untuk list menu boleh berkunjung ke website atau Facebook Rumah Tamu Datin Halijah kay!






Bermulalah acara beratur dan berebut juadah berbuka. Sekali tengok penuh dah umat! Full house lah booking untuk hari ni.

"Live Stall Concept"




Ok sekarang lets kita tengok menu2 yang ada kat sini. Memang tak ambil semualah. Rambang mata, hujung2 main cuit2 je. Tak baik membazir tau korang!






Ni bahagian noodle section. Ada bakso, laksa kedah dan lontong.





Kat sini juga ada konsep live stall untuk roti jala, pisang goreng and so on. So kene beraturlah untuk ambik makanan yer. Panas2 gitu! Pisang goreng dan pulut durian sangatlah sedap! Korang mesti cuba kalau datang sini.



ABC


Meriah kan menu2 kat sini. Btw, korang tengok hidangan yang di ambil oleh peserta2 hari ini. Jgn carut yer! Nama pun buffet haruslah makan selagi boleh ye tak? Alhamdulillah tiada pembaziran berlaku. Licin sebab lazat sangat!

Sape tak habis, datin ketuk tangan dia nanti!


Korang bolehlah call untuk tempahan untuk berbuka puasa kat sini. Seriously tak rugi dan berbaloi! Sempat kitaorang photoshoot kat Rumah Tamu Datin Halijah. Hari ni konsep hitam gitu. Cantik tak uolsss?? Jumpa lagi next iftar yer! Muah!








Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post