Shop Till You Drop : Berwisata Di Bandung - Day 2

Seawal jam 7pagi weols semua dah bangun untuk aktiviti padat hari ke-2 di Bandung. Btw, kat sini kol 7 tu dah terang benderang as Bandung awal sejam dari Kuala Lumpur. Sebelum apa-apa haruslah melantak breakfast dulu di hotel (breakfast included) sampai kenyang. Pak Heri pagi2 lagi dah sampai, menunggu semua gadis2 sekalian dah ready barulah kami bertolak ke Kawah Putih (White Crater). Satu lagi tempat wisata terkenal di Bandung ialah Tangkuban Perahu.


Kawah Putih ni tempat wisata paling terkenal yang terletak di Ciwidey, Jawa Barat. Jarak dari arah Selatan Kota Bandung, lebih kurang 50km dan mengambil masa lebih kurang 2.5jam perjalanan. Capet sangat yer 2 jam dalam van dengan laluan yang sibuk dan berbukit. Trafic pun sangat lah jammed kat kota Bandung. Macet ya rabbi. Memang tak sanggup nak bawak kenderaan kat sini. Kat KL pun dah tak sanggup menghadap jem, apatah lagi kat sini. Memang lawan hon la jawabnyer. Anyways, pemandu kat sini berhemah, kagum jugaklah. Walaupun kereta sebelah menyebelah rapatlah sgt. Masih ada toleransi gittew. Yang penting ikut lajur khusus yerr! Hiks



Sebelum sampai kena singgah dulu di Tourism Centre untuk beli tiket masuk ke Kawah Putih. Sejuk je mata tengok hijau jer alam sekeliling. Tanam padi pun tepi rumah je. Kalo beras habis, pegi je tuai kat luar tu. Memang banyak tanaman padi dan sayuran disebabkan cuaca yang baik kat sini untuk pertanian.



Cantik kan?

Dari South Bandung Tourism Centre ambil masa lagi 1/2 jam ke Kawah Putih dan tempat ni dibuka untuk lawatan dari jam 7pagi hingga ke 5petang. Kawah gunung Patuha ni terbentuk hasil daripada letusan Gunung Patuha. Umumnya orang panggil sebagai kawah putih sebab tanah yang ada di kawasan ini berwarna putih akibat dari pencampuran unsur belerang. Tempat ni pun sentiasa je ada kabut putih dengan suhu udara yang dingin. Atas gunung kan. Wiki saje untuk maklumat kay. Tak mampu lah kak bell nak buat ensiklopedia yer.

Masa sampai di puncak cuaca panas dan dingin. Sampai2 je nampak la abg2 untuk sewakan payung dan jualan mask (topeng mulut). Memasing kekwat tak nak beli ya walaupun dah mula hujan rintik. Sebelum sampai ke kawah, kene turun tangga dulu. Catwalk pelan2 yer. Memang cantik pemandangan kawasan kawah putih ni. Ramailah para wisata ni shooting, photo2 dan juga amek gambar wedding. Bila hujan dah stat lebat, mulalah menusuk bau busuk sulfur (belerang) yang menyengat dan menyesakkan. Iols memang tak tahan sebab alah/asma. Ko bayangkan kalo akak dalam persalinan kahwin tu, maunya akak pengsan tak bernapas kat situ. Bergegaslah naik atas and seriously memang kak bel tak boleh nak bernafas. Macam nak terkeluar paru2 akak hokkey!




Tu lah fefelin sangat pakai short, pakai baju tipis. Akhirnya rasain!. Haha. Tips kalau berkunjung kat sini jangan lupa membawa jaket atau memakai pakaian yang tebal. Kalau tak hujan takpe, at least suasana dingin tu bolehlah kurangkan rasa panas mentari. Sebab kat sini memang jenis kejap2 ujan. So kene get ready lah. Kepada yang ada masalah asma disarankan pakai mask dan jangan terlalu lama berada di kawah karena dapat membuat pernafasan uols terganggu. Rugilah dah sampai tapi tak tengok pemandangan Kawah Putih kann!


Tajaan dari syarikat payung

Dah sudah turun dari puncak, kami singgah dulu minum highland tea dan coffee untuk hilangkan rasa sejuk. Ada jualan strawberi dan juga souvenir kat sini. Korang juga boleh melawat Ciwidey Strawberry Farm, tp iols tak pegilah sb setakat nak tengok and petik stawberi kat Cameron Highland pun bolehh.




Selesai sesi berwisata di White Crater so sekarang menuju ke Rumah Kain Sulam Kopo untuk belanja baju2 dan kain. Rumah Kain Kopo ni terletak dalam kawasan perumahan dan agak jauh ke dalam. Harga kain sulam kat sini jauh lebih murah berbanding kedai sejenis yang menjual kain sulam. Harga sekitar RP110ribu, lebih kurang RM30 je. Murah kan? Memang berbaloilah shopin kat sini. Pilihan pun banyak sampai rambang mata nak memilih. Nama pungudang kain, cakap je korang nak apa : kain sulam, kain cotton, kain batik, kain telekung, jubah semua pun ada.


Curlass baju raya kak bel nanti

Berdekatan kedai kopo ni ada jugak toko2 baju yang murah macam di FO Jalan Riau. Lagilah memborong sakan kat sini. Kualiti setandinglah dengan harganya kan. Tengok lah berapa guni memasing beli kan.


Dah puas hati lepas menghabiskan duit, kami singgah makan di Gubuk Makan Mang Engking. Restoren ni konsep restoren terapung. Macam Restoren Bamboo semuanya dari buluh. Sesambil makan, boleh lah nyanyi lagu si ikan kaloi. Melompat2 ikan kat bawah tu time uols makan. Makanan tak payah cakaplah memang sedap dan harganya memang sesedap menunya. Lupa harganya tapi memang mahal sampai kasir je teros nak pitam! Menangis!

 

  

  

Untuk makan kitaorang order set atau pakej. Murahlah sikit. Pakej paling kecik pun dah RP250,00. Set nasi dia termasuk dengan ikan gurame, tumis kangkung, cumi, ayam kampong aka ayam serama dan macam2 lagilah. Macam biasalah, nak jimat memasing minum teh botol je.So far, restoren Sunda yang weols pergi semuanya sedap2. Masakan lebih kurang sama tapi masing ada signature sendiri untuk sup dorang.



Macam biasa sebelum makan kene wefie dulu masuk fesbuk kay!

Kenangan di Mang Engking

Dah selesai penuhkan tangki, destinasi seterusnya ke Cibaduyut. Cibaduyut ni tempat wisata belanja sepatu kulit. Barangan kulit (leather) macam kasut, dompet, jaket memang banyak bersepah. Yang mahal pun ada, yang penting kena pandai tawar menawar. Sempatlah menyinggah di Toko Diana Sentra Sepatu dan Tas. Kedai ni memang terkenal dengan kasut kulit, beg tangan, luggage dan sebagainya. Korang nak beg berjenama pun ada, tp sama jer macam korang beli kat Kenanga lah. Not badlah untuk koleksi sendirikan. So habis berjalan di area Cibaduyut pun dah hampir malam. Tak sabar nak balik hotel berehat. Malam2 pun kota bandung tetap macet! Sampai hotel, makan lite2 dan teros tidor je. Collapse!


Toko Sepatu Diana


Tamat hari ke-2 Bandung. Nantikan episod shoppin seterusnya ya..







CONVERSATION

3 comments:

nur ezzah said...

Bell, nk crik kain cmtu, cantikkk..

nur ezzah said...

Bell, nk crik kain cmtu, cantikkk..

Bella Jamal said...

bolehlah ke Bandung. Cari di Kopo or Pasar Baru

Instagram

Follow Us