Shop Till You Drop : Berwisata Di Bandung - Day 1

Korang suka shopping tak? This time Kak Bell nak kongsikan trip ke Bandung pada February 2015. Walaupun dah basi, at least bolehlah juga korang nak rujuk atau tgk pengalaman berwisata (tour, tourist) di Bandung, Indonesia. Bandung memang terkenal sebagai discount shopper’s haven. Memang sesuai lah untuk menghabiskan duit korang yang berkepuk2 dalam almari tu disamping melawat tempat lain kat sini. Mostly memang tempat habiskan duit je lah. Shopping & makan!! Shop Till You Drop kay!

Since AA buat free seat promo dapatlah grab tiket ke Jakarta. Time tu dapat tiket flight return RM192. Sebenarnya nak ke Bandung, so turun di Soekarno–Hatta International Airport, Jakarta dulu then baru ke Bandung. Felin sesambil tu boleh jalan2 Jakarta kan. Berwisata di Bandung & Jakarta selama 4hari started 4 Feb 2015 till 7 Feb 2015. Perjalanan dari airport ke hotel bandung dalam 3jam perjalanan depends on traffic lah. Sebelum sampai hotel singgah lunch dulu di Restoren Simpang Raya yang menyajikan masakan Padang (Minang) . Lapar katanyerr capet naik van Pariwisata. Konsep kedai ni jenis letak makanan dalam banyak2 mangkuk. Memang rasa nak makan je semua makanan yang dihidang. Jangan gatai2 nak rase semua yer. Karang pengsan tengok bil! Awas!!


Lepas makan bergerak ke Hotel Amaris di Chihampelas Bandung. Kos hotel untuk 3 malam dalam RM940 bagi 3bilik. Ok lah kan. Hotel pun strategic, dekat dengan kedai 24jam IndoMaret dan boleh jalan kaki je ke Cihampelas Walk. Kalo rase nak makan tengah2 malam, korang guling2 je turun bukit dari hotel tu teros sampai kedai 24jam.

Welcome to Bandung!

Lepas check-in teros on mission menghabiskan duit. 1st destination jalan2 di Factory Outlet, FO Jalan Riau. Kat sini memang terkenal untuk pengunjung nak cari men’s, ladies & kids wear. Selain tu, aksesori, kasut & beg pun banyak kat sini. Diantara outlet yang terkenal kat Jalan Riau ni ialah The Secret, Heritage, Cascade, Passion, Fosuco, dan Terminal TAS factory. We ols cuma shopin kat beberapa tempat ajelah. Ko dah kenapa nak borong kat sini banyak2 kan..



Later on, destinasi seterusnya ke Dago Area (FO Jalan Dago). Meskipun tidak sepopuler Jalan Riau, adalah suatu keharusan untuk kunjungan bagi pencari barang murah ke sini. Outlet di Jalan Dago termasuklah : Episode, Grande, Jetset, Glamour, House of Donatallo dan Blossom. Pilih sendirilah mana korang nak pergi ek. Sempat kami bercoffee di Caian's hipster cafe, sementara menunggu hujan Bandung reda sambil pose2 manja. Harus semua org tgk gadis2 cantik kan!



Selepas menghabiskan sepetang di Factory Outlet, kami dinner di Rumah Makan Sari Sunda di Lengkong, Kota Bandung. Harganya boleh tahan. Bagi i mahal sb mkn di restoren bukan mkn kt gerai tepi jalan. Tempatnya memang menarik dan masakannya pun enak. Menu pelbagai : ada nasi timbel, ikan talapia, ikan gurami (ikan apa ni uolsss), pepes ayam, ikan nila dan cumi. Hah korang tau tak cumi tu apa?? Bukan sumi agar2 tu kay. Cumi is sotong yer!!


Total harga satu menu dalam lebih kurang RP70,000++. Pepes ayam pun dah RP22,000. Ko pikirlah sendiri bp dalam RM. Pitam kejap nak bayar beribu2 lemon. Kalau hari2 makan kat sini bankrupsi jawabannya. Kalo kt hometown RM7 makan pun dah kira cekik darah kan. Sekali sekala..jgn kedekut sgt kay.

Enak banget!

Lepas rest sekejap kat hotel, aktiviti malam ni melawat ke Rumah Mode dan juga jalan2 di sekitar Cihampelas Walk. Rumah Mode paling terkenal sebagai salah satu kedai kilang yang terbaik di Jalan Setiabudhi, Bandung. Tempat nya pun cantik dengan deko yang meletop2 berbanding kedai2 yang lain. Kat sini korang boleh cari popular brands macam Armani, Victoria Secret, Mango, Billabong, DKNY,Gap, Zara, Top Shop dan etc. Kualiti pakaian kat sini lagi bagus dari Jalan Riau dan design dorang pun lagi cantik2. Btw, kena pandai cari yang betul2 murah lah. Kalo tak umpama korang shopin kat Mid Valley tu hah, sama jek harganye! Promoternya pun ok, korang mintak jew la saiz apa, nak mcmmana pasti akan dilayan macam diva. Jgn over sudeh!


 eh model ni lagi

 Pilih jangan tak pilih ye mbak

Dah selesai shoppin, pak supir Pak Heri pun hantar balik ke hotel. Aktiviti bebas malam ni kitaorang jalan2 dan berbelanja di sekitar Jalan Cihampelas & Cihampelas Walk (Ciwalk). Sepanjang jalan memang terdapat banyak kedai2 jualan baju, aksesori, bag dan jeans. Jalan Cihampelas sebenarnya terkenal sebagai Jeans Street. Memang banyak kedai yang jual jeans. Pening nak pilih nak masuk kedai yang mana. Kedai di sini kebanyakkannya ada statue adiwira (superheroes) kat atas kedai memasing. Ko nak carik Spiderman ke Cicakman ke pun ada. Haha. Kebetulan malam tu hujan renyai2 manja, jadi tak shopin beria sgtlah. Just memenuhi aktiviti daripada dok memerap kat hotel kan!

Cihampelas Walk atau orang panggil Ciwalk ni actually open shopping mall. Kat sini agak private dan ekslusif. Ibarat macam korang dok lepak2 minum kat Telawi, Bangsar tu ha. Kat sini kitaorang fefelin la dok minum2 makan2 canda2 gittew. Dalam mall ni ada banyak kedai pakaian, kafe restoren, cinema dan juga playground. KFC ada, Pizza Hut pun ada hokkey. Kalau korang dtg sini korang cari kedai gambar yng hipster sangatt, Jonas Photo. Cantik konsep kedai ni. Seriously not bad! Seronok kat sini. Cihampelas Walk is pleasant!



 
Kedai Photo Jonas

Memasing pun dah penat. So macam itik pulang petang lah memasing ke hotel. Get ready for tomorrow adventure pulak ye peeps! Zzzzzz
to be continue..

Next > Shop Till You Drop : Berwisata Di Bandung - Day 2







CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us