Kentang Panggang Rosemary (Roasted Potatoes with Rosemary)

Kali ni nak kongsi Italian resepi yang mudah menggunakan kentang. Kaedahnya tak lah Italian sangat pun sebab pakai bahan-bahan yang mana ada kat dapur i ni. Asalnya nak goreng je kentang tu tp cam cliche la sgt kan. So akak try resepi Kentang Goreng Rosemary.



Bahan- bahan:
3 biji kentang
Sepotong butter
Stok Ayam (pakai 1 kiub pati ayam je)
1 sudu teh Rosemary kering
Parsli kering
Sedikit minyak/olive oil


Cara membuatnya:
1) Basuh bersih kentang dan boleh biarkan kulit atau buangkan kulitnya. Potong kentang dengan sama saiz supaya senang masak dan sekata.
2) Masukkan kentang dalam kuali dan tuangkan stok ayam. Agak2 cukup untuk lembutkan kentang. Lagi ok kalo gunakan nonstick pan untuk elakkan kentang korang melekat.
3) Masukkan rosemary kering, butter dan olive oil (jika ada). Kalau ada bertani pokok rosemary, so petik je pakai yg fresh.


4) Masak dengan api sederhana dan biarkan sampai stok ayam tadi kering. Bila semua kuah dah meruap, besarkan sedikit api dan tuangkan sedikit minyak.
5) Goreng sampai kentang sedikit garing dan kecoklatan. Agak2 dah siap, bolehla angkat dan taburkan sedikit parsli kering.

Ok dah siap dah kentang rosemary kak bell! Harum aroma dari rempah rosemary ni. Finger licking good okey!


CONVERSATION

1 comments:

Instagram

Follow Us