Resepi Ayam Masak Merah Tomato Cherry (Spicy Red Chicken with Cherry Tomato)

Hari ni ringan pulak tangan ke dapur nak main masak-masak. Dah lama jugakla dapur ni tak berasap. Maklumlah hari berkerja memang malas nak memasak. So, gigihla nak masak ayam masak merah. Simple je masakannya..semua orang pun pandai kan. Macam biasa konsep kak bel, pakai je apa yang ada kat dapur like2 improvised sket2 basic resepi.


Bahan A(bahan hiris)
1/2 ekor ayam
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
1 labu bawang besar/holland (dipotong gelang) 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia (besar ruas ibu jari) 
2 batang serai (dititik) 
Santan 
Minyak untuk menumis 
Garam, kunyit, gula secukup rasa 
1/2 lada benggala 
2 biji tomato 
15-20 tomato cherry 
(ikut suka korang nak campak sebekas pun boleh!)

Bahan B(bahan kisar/blend)
20 cili kering (pandai2 sendiri kay) 
2 labu bawang besar 
2 labu bawang putih 
1 inci halia 
* Untuk cili kering, rebus dahulu sebelum kisar

Untuk bahan A tu yang mana boleh hiris korang hiris. Janganla pulak korang gigih nak hiris bunga lawang pulak! Menangis mak mertua korang nanti. Kak bell saja guna lada benggala gantikan cabai hijau/merah.



Untuk ayam pun ikut suka banyak mana. Kalau rasa nak buat kenduri or katering korang bantai la berapa ekor pun asal muat kuali yer! Ayam tu dah ready digaram dan kunyit, then goreng separuh masak supaya ayam korang nanti tak liat.


Untuk bahan B (bahan kisar), korang boleh masukkan sesudu minyak masak. In case kalau nak buat stok akan tahan lama dan masa menumis korang pun cepat sikit. Kak bel memang tak suka guna cili boh sebab tak sedap!

Cara memasak:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hiris. Dah naik bau, korang campakkan semua bahan B (bahan kisar) dan gaul rata. Boleh juga masukkan sikit sos tomato atau sos cili. Tumis sampai pecah minyak kay utk pastikan cili korang betul2 masak




Dah pecah minyak, masukkan ayam yang dah digoreng tadi dan kacau sekejap. Then, boleh masukkan air untuk kuah dan santan untuk pekatkan kuah. Pakai sikit je santan, nanti kuah tak merah ikut kesesuaian.


Dah mendidih korang boleh masukkan tomato, tomato cherry dan lada benggala tadi. Masukkan secukup garam dan gula. Pandai2 la ejas ikut tekak memasing yerr.


Bila dah pecah minyak, dah sebati, warna pun dah cantik. Padamkan saja api memasak petronas uols tu. Dah siap! Pasti suami dan mak mertua sayang korang. So apalagi, lets melantak berpinggan2. Bulan puasa pun dah nak dekat, boleh la mencuba ya!
Lazat tak?

CONVERSATION

4 comments:

nur ezzah said...

wow! Sedap tuu :)

nur ezzah said...

wow! Sedap tuu :)

SITI MUNIRAH AHMAD said...

hahahah. gigih potong bunga lawang

Bella Jamal said...

haha.mestilah sedap kan!

Instagram

Follow Us