Ayam Goreng Sos Tiram (Fried Chicken with Oyster Sauce)

Sebenarnya menu lunch tengahari tadi Telur Dadar Vege dan juga ayam goreng. Dah alang2 rajin so ayam goreng tu buat special sikit perap dengan sos tiram. Memang rupa bentuknya kadang2 hitam, buruk dan hina..tapi bila korang dah rasa zass memang sedap. Korang memang patut cuba resepi ni!

Sedap!


Bahan-bahan:
5-6 ketul ayam
1 sudu kunyit
3-4 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
Garam


Cara membuatnya:
1)Masukkan kunyit, kicap manis, garam bersama sos tiram dan perap ayam dalam 10-15 minit. Untuk sos tiram, kak bell suka brand Maggie atau Adabi.
2)Panaskan minyak dalam kuali dan bolehlah mula menggoreng sampai habis. Pastikan ayam korang tak hangit kay!


Biasanya kalau goreng ayam sos tiram ni, mesti habis lah tak sampai ke malam. Nampak tak sedap ke idok yerr. Perut akak sekarang dah lapar balik la. Dah kene ke dapur balik!!

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us