Persediaan Bela Kucing : Are You Ready To Get A Cat?

Korang semua suka kucing tak? Haruslah kan sebab cats are wonderful companions! Kucing ni ada mcm2 attitude dan behaviour tersendiri bergantung juga pada baka dan juga keadaan sekeliling kucing tu. Sesetengah orang memang berminat nak memiliki kucing tapi ada juga yang belum bersedia. Tak kurang juga yang penakut dengan kucing tapi teringin sangat bela kucing. Kadang2 tu mengalahkan mcm tengok hantu je bila nampak kucing. Pelik jugak, even abang-abang yang gagah perkasa pun ada yang takutkan kucing dari perompak kay! Nak buat macam mana kan kalo dah Ailurophobia (Penyakit Fobia Kucing)!

Comel tak kami?

Kucing ni memerlukan perhatian, masa, wang, dan komitmen dari penjaganya. Persoalannya adakah korang betul2 bersedia nak bela kucing kat rumah korang?? It is a serious, long-term decision yang korang perlu fikir. Jangan memula je berkobar2, hujung2 kucing berak pun geli nak cucilah, and so on akhirnyer berakhir kat pasar2. Kesian tau! Before korang commit getting a cat, bolehlah korang tengok antara checklist utk make sure yang korang betul2 ready.


ARE YOU READY TO LIVE WITH A CAT?

Duit/Wang
Jangan ingat bela kucing ni tak perlukan duit. Kos2 termasuklah deworming, de-sexing dan vaksinasi. Selain tu juga, kena ambil kira juga kos untuk pembelian makanan, toys, litter, produk penjagaan dan kesihatan kucing. Cuba bayangkan semua kos untuk penjagaan dan rawatan kucing especially bila sakit. Seriously mahal yer! Apapun kita harapkan yang terbaiklah untuk kucing kita kay


Time ni kesian Muezza takde kawan

Time and attention 
Kucing perlukan perhatian dan juga playtime dengan tuannya. Kalau boleh luahkan masa setiap hari untuk bermain dengan kucing korang. Kalau ada 15ekor, pepandai koranglah nak layan.

Mr Sky

Ruang 
Untuk indoors cat, korang boleh dapatkan cat-trees dan scratching post untuk anak uol bermain. Pikir mana tempat sesuai nak letakkan sangkar dan litter box. Maklumlah zaman sekarang, semua pun duduk rumah tinggi2. Kena maksimumkan ruang untuk anak2 kucing korang bergerak dan bermain.

Amboi! Ko nak duduk oversea ke nak?

Penjagaan 
Untuk penjagaan, better bawak untuk vaksinasi seawal umur 3-4 bulan. Tp bergantung juga dengan keadaan berat dan kesihatan kucing tersebut. Nevermind, just visit the vet for consultation kay! Anyways, kita memang kena selalu bersedia untuk penjagaan kesihatan dan rawatan mereka. Macam bela anak la jugak hey.


BARANG BASIC YANG PERLU ADA 
SEBELUM BELA KUCING
1) Sangkar
2) Litter Box/ Tray
3) Bowl (better asingkan bekas makanan & minuman)
4) Litter
5) Scoop
6) Pet Carrier
7) Scratch Post
8) Cat food
9) Toys
10) Grooming (Sikat/Berus kucing, shampoo & etc)

Kesemua kat atas tu dia antara benda penting yang perlu ada untuk kucing korang. Untuk sangkar tu, better ada untuk kegunaan masa hadapan. Contohnya, time kucing sakit dan perlu diasingkan, kucing nak beranak dan untuk denda dorang kalau dah degil sangat!Haha. Kak bell suggest beli litter box yang besar terus, sebab kucing ni cepat membesar. Senang tak payah 2x beli. Untuk pilihan litter atau pasir, ikut la yang mana sesuai sama ada nak pakai scented litter, crystal atau habuk kayu pain. Banyak je ada di pasaran terpulanglah mana yang sesuai dan berkenan di hati.

Diet Blackwood & RC Kitten

Paling penting, cat food. Kalau boleh belilah makanan kucing yang premium supaya kucing anda kekal sihat dari penyakit. Bergantunglah pada ekonomi, tapi kak bell tak suggest bagi cat food yang kandungan garam tinggi, nanti senang kena penyakit seperti batu karang. Pemilihan makanan penting tau! Kalau tak memang melantunglah jawabnyer poo dorang kay! Kalau rasa makanan tu tak sesuai, tukar makanan tu secara partially. Kalau tak nanti senang kena cirit birit sebab perut kucing sangatlah sensitif.

Jangan lupa sentiasa basuh dan bersihkan bekas makanan dan minuman kucing korang. Kalau boleh letak bekas air bersih dimana2 senang dorang nak minum. Kak bell bagi air masak untuk anak2, tp dorang ni memang suka sangat bertenggek kat sinki dapur sebab nak minum air paip. Lagi dilarang, lagi dorang nak..so biarkan ajelah. Btw, jika nampak kucing korang lain macam je, eloklah bawak terus pergi vet. Serahkan pada vet untuk check dan diagnose ye.

cepat2 tolong mama cuci pinggan!

WHAT CAT BREED SHOULD I GET?

Bab kucing jenis apa korang nak bela, terpulang lah pada masing2 nak yang macam mana. Kebanyakkannya semua la nak yang cantik gebu kan! Kalau yang nak beli kucing tu, nak yang murah dan percuma tp nak baka yang meletop2. Ko ghaser?? Tu ha, kucing stray tu banyak je cer amek adopt. Kat bawah ni, bolehlah korang tengok diantara jenis2 kucing yang ada. Pilihlah yang mana suke ek!

Klik sini untuk tengok Cat Show Kak Bell


VACCINATION, DEWORMING AND FLEA CONTROL FOR CATS

Vaccination

Umumnya kucing dah mula boleh divaksin pada umur 8-9 minggu. Biasanya kak bel akan vaksin kitten pada umur 3-4 bulan. Dont worry vet nanti akan timbang berat dan bgtau if dah boleh vaksin. Vaksinasi hanya harus diberikan kepada kucing yang sihat, kerana vaksinasi bersifat pencegahan. Kucing hamil dan yang sedang menyusu tidak boleh divaksinasi. Make sure juga kucing korang bebas kutu, tak de demam, muntah atau diarrhea sebelum vaksinisasi.

Deworming
Pencegahan cacing pun mesti kena buat. Cacing ni boleh menyebabkan kucing hilang selera makan, diarrhea, muntah dan juga boleh menyebabkan kematian. Kalau tengok kitten perut buncit lain macam tu harus kena cacing! Terdapat ubat cacing jenis cecair dan juga tablet. Kak bell mmg failed bg budak2 mkn ubat cacing sebab semuanya memang degil! So biarkan vet aje yg buatkan. Boleh ulang dalam 3-4 bulan sekali untuk deworm kay. Salah satu cacing iaitu Cacing Tapeworm adalah jenis cacing yang disebarkan oleh kutu kucing. Yang lain2 tu tunggu kak vel jadi vet, nanti kak bel citer kay.haha


Flea & Tick Control
Kutu atau pinjal most probably masalah common pada kucing dan sangat mudah berjangkit. Jika terlalu banyak sangat kutu, kucing korang boleh alami anaemia dan boleh menyebabkan small kitten mati. Kehadiran kutu menyebabkan allergi dan menyebabkan luka akibat menggaru dan juga bulu gugur. Kalau sekor dah berjangkit, mesti letak ubat kutu pada semua kucing yang ada. Tick pulak lebih bahaya sebab akan keluarkan toksin yang boleh menyebabkan paralysis pada kucing. Biasanya kak bell akan pakai product Frontline dan Advantage Cat. Yang penting jangan sesekali guna dog product pada kucing kay.

Konklusinya korang kenalah fikir yang perjalanan hidup seharian korang akan berubah bila dah ada kucing nanti. Try to be realistic about your expectations hokkey! Apapun tahniah kepada korang yang ada minat nak memiliki kucing sebagai teman dan ahli keluarga korang. Semoga murah rezeki korang yer. Amin!






















CONVERSATION

Instagram

Follow Us