Kenali Kucing Anda : Cat Language

Kali ni nak kongsikan sedikit tentang bahasa tubuh atau komunikasi kucing. Walaupun kak bell ada banyak kucing, tapi kadang2 tu memang susah nak faham apa yang dorang nak sebenarnya. Memang kucing ni berkomunikasi dengan kita, dan faham apa yang kita perkatakan. Tapi ada jugak, sampai ke sudah pun dorang ni tak paham. Kalau dah suara kak bell memecah halilintar pun dorang tak paham, so hangerla jawabnya yer! Ala acah2 je pun.



Kucing ni gunakan macam2 jenis bahasa tubuh untuk berkomunikasi. Antaranya body postures, ekspresi muka, pergerakan ekor, telinga & anak mata dan paling common is vocalization (mengeow atau mengeong). Tak adalah kak bell suruh buat kajian kat anak2 korang. Satu kerja pulak nak duduk perhatikan carta pulak dah kenapa meow aku ni begitu begini. Pitam la jawabnye! Sesambil tu, nak ceritalah sikit2 pasal perangai anak2 bulus kesayangan. Cik Putih dan Cik Hitam ni anak 1st batch si Muezza. Perangai dua2 ni memang beza lah. Cuma yang samanya dua2 senang nak makan vitamin. Vitamin yang sedap memang lajulah dorang. Cuba ubat sakit antibiotik ke apa sama je susahnye!

 
Cik Putih

Cik Hitam

Disebabkan kak bell tak ditauliahkan sebagai doktor vet, so korang tengoklah sendiri ilustrasi kat bawah ni tentang macam mana nak kenali perangai dan kelakuan kucing. Ke korang gigih nak suruh kak bell lukis sekor2 kucing ni?? Pengsan!





Kalau korang nak tgk behaviour kucing ni bolehla tengok Jackson Galaxy dalam siri The Cat From Hell. Banyak info kita boleh belajar. At least, bolehlah kita tahu dan paham tentang pelbagai masalah dan situaasi yang dihadapi oleh kucing. Berbalik pada Cik putih, dia ni teramatlah manja sangat sampai tak tahu nak suh dia dok diam macam mana. Lain pulak dengan Cik Hitam, semua perkara pelik dia buat. Dia ni memang tak makan saman, tak suka dibelai. Acah2 manja je. Tapi bila ada org bertandang nak main ngan dorang memang tak nampak la kelibat dua2 ni. Pemalu gamaknya! Emaknya pulak, jenis pendiam, kekwat dan paling garang dengan semua orang. Lagi satu, memang susah nak dengar vokal Muezza tu ke udara. Dah lepas beranak ni, barulah manja nak dibelai2. Kalau tak jgn haraplah walaupun dengan mama dia ni.

Konon2 manja la tu!

Si Hitam ni pulak kalau kita nak makan, mesti dia datang serbu dulu. Yang lain ok je. Macam2 benda pelikla anak yang sorang ni tau. Nasib baiklah da besar gemuk sekarang, tak dapatlah dia nak memanjat bagai macam kat langsir tu! Tempat faveret kat dapur, sampai tidur pun atas rice cooker!

Kadang2 tu kalau dah tak terlayan, bukak je TV cite kartun ke apa ke pandailah pulak masing2 tengok tv. Kat bawah ni, bolehla korang rujuk kalau nak tahu kucing korang tu happy ke, marah ke. Kalau dah vokal dorang berbunyi macam nak bergaduh tu, janganlah cuba datang dekat. Awas yer!



Walau apa pun perangai kucing ni tetap akan terhibur juga kan. Manusia pun ada banyak perangai, so samalah juga dengan kucing. Kalau time sorang2 tu kat rumah tak adalah terasa sunyi sgt. Kadang2 macam orang tak betul pun ada gak kalau borak2 dengan meow ni kan. Kucing korang macam mana pulak?

Memasing tak puas hati kena kurung



CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us