Destinasi Budget di Riverside Janda Baik, Bentong

Kadang2 di hujung minggu buat rutin yang sama memang membosankan. Kebetulan pulak dah lama tak berkelah, so 16 April lepas geng mulut Kak Senah pergi berkelah di Riverside Janda Baik. Memang destinasi budget sangat nak jalan2 berdekatan dengan KL ni. Tak luak pun RM50 petrol korang tau. Kekonon kalau korang nak feling2 udara nyaman dan pemandangan hijau bolehlah datang berkelah kat sini.


Riverside Janda Baik ni located kat Bentong, Pahang. Elok je lepas terowong genting sempah tu teros je susur ke kiri. Jangan korang salah pulak, nanti tetiba naik ke Genting Highlands pulak! Perjalanan lebih kurang 55minit je dari KL, depends starting point korang kat mana lah yer. Kaedahnya dah lama tak lalu jalan pusing2, peninglah kepala kak bell ni rase macam nak muntah kay. Laluan kat sini kena toleransi lah ye sebab laluannya kecil sahaja.

Biasanya pada hari minggu memang tempat ni penuh. Kitaorang datang pun tanpa booking, just ikut nasib. Nasib baiklah ada kosong. Disarankan korang booking awallah sebelum datang kay! Sampai2 je teros Kak Maria cari minyak cap kapak. Alahai kesiannya pitam2 pulak kak Maria ni. Kejap lagi macam mana nak buat renang berirama ni kalau dah pening. Hiks!

Tabir suria buat Kak Maria

Harga pondok yang kami sewa untuk sehari ialah RM60. Kalau nak sewa bahagian bawah je RM30. Pondok ni ada disediakan kipas dan tilam untuk korang berehat2. Jika nak bermalam dan berkhemah kat sini pun boleh. Ada banyak lagi chalet, pondok dan kemudahan lain untuk korang buat aktiviti riadah kat sini. ATV pun ada kay kat sini! Apa2 korang nak buat lantak korang, tapi yang penting survey dulu yer!




Setiap pondok ni juga, memang dah ada disediakan tempat barbeque. So dah siap check-in bermulalah tugas master chef sekalian untuk mula membakar dan memanggang kan! Macam biasalah, kak bell memang selalulah menyahut cabaran menghidupkan arang dan memanggang ni. Hey tuan puteri kat atas tu, cepat tolong grill ayam ni hokkey!! Jerit Bibah dalam hati. Matilah akak kene cerca jap lagi sebab menjerit!




 Potato Baked

Selain bahan barbeque, kitaorang bawaklah jugak memasing makanan lain kan. Barulah meriah sikit. Berkelah tu macam dah jadi no2 dah sebab memasing memang dari pagi tak melantak lagi. Resepi ayam perap Kak Mona memang curlass. Sedap sangat! Yang penting, kak bell gigih masak bihun jer.

 Terliur tak korang?


Pusingan pertama makan da siap, so kita mandi pulak yer. Ni diantara pemandangan sekeliling sungai. Indah ke tidak uolsss?? Kat sini, kalau musim buah adalah abang2 penjual buah datang kat korang. Buah duku, langsat, manggis semua pun ada. Kalau korang nak cari madu lebah pun ada. Tp tak sure lah madu lebah tualang ke apa. So pepandai korang lah ye.





Keadaan sebenarnya, ramai je budak2 mandi2 manda kat sekeliling kitaorang ni. Tapi kitaorang just rilex2 dan chill je posing2! Takdenye lah kak bell ni beria2 menyelam bagai kan. Memang tak pandai berenang, so felin2 ikan duyung jela atas batu sungai ni. Just rendam2 basahkan kaki. Dah datang nak berkelah tapi fefeling tak nak kena air la pulak. Air sungai memang tak payah citelah kan..of course la sejuk. Puteri duyung pun tak lalu nak berendam lama2 kay! Nah layankan jewla photo2 gadis2 Clever Girl episod kali ni.


 Wow model Revlon!



Walaupun just berkelah lite2, sesungguhnye terasa penat sangat tau! Kalau boleh nak bermalam je kat situ sebab memasing pun dah tak larat nak drive. Maklumlah, musim panas el nino sekarang ni kan. Anyway seronok jugalah kat sini. Bolehlah hujung2 minggu korang datang berehat & berkelah kat sini disamping mengukuhkan tali persaudaraan & persahabatan gittew!










CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us