Don't Judge a Book By Its Cover!! Let's Makan2 Di Rizqin Steamboat & Grill

Hari ni berjalan lagi untuk episod makan2 di hujung minggu. Kebetulan pula dapat panggilan 'treats' dari Miss Suri. Apa lagi pantanglah bila dgr org nak belanja kan. Moga dimurahkan rezeki ya. 

Pilihan hari ni makan di Rizqin Steamboat & Grill di Seksyen 30 Shah Alam. Restoren ni baru je beroperasi dalam sebulan stat April baru2 ni. Mujurlah ada org cancel booking so dapatlah try makan kat sini. Lokasinya kat Gerai MBSA Jalan Kebun. Pepatah kat atas tu memang kena sangat dengan kedai ni yeeer. Memula sampai memang rasa sedikit skeptikal. Tapi bila dah zass masuk dalam mulut terus woooow hokkey!


Not bad juga kat sini. Memang sesuai sgt utk seisi keluarga dengan harga yang murah dan jimat. Kalo setakat g restoren mahal2 cantik2 tapi tak sedap tak berbaloi jugak kan dengan poket korang. Konsep macam biasalah free flow dengan harga RM18.50/pax untuk dewasa. So as usual lah selagi korang boleh hadap korang telanlah apa yang ada yer. Pembaziran akan dicaj. Untuk senarai harga boleh tgk kt bawah ni.

Dewasa : RM18.50/pax
Warga Emas : RM15/pax
Kanak2 atas 5 tahun : RM9/pax
Kanak2 bwh 5 tahun : Free


Untuk pilihan makanan pun pelbagai beza jugalah dgn kedai2 steamboat lain. Untuk seafood kat sini ada kerang, lala, udang, sotong & telur puyuh etc etc. Tak kan korang tak pernah makan steamboat kot kan! Haha. Time amek gambar ni makanan tak top-up lagi. Yang penting sedap, kenelah dengan tekak gadis2 pengkritik makanan ni kan.





Selain tu, dorang juga ada sediakan roti jala yg memang sedap. Nasi goreng pun sedapp yer! Korang jangan melantak nasi sepinggan pulak. Ujung2 tak makan steamboat & grill!


Bahan perap (marinate) untuk daging lembu dan kambing seriously sedap. Model2 yang tak penah makan kambing pun tetibe telan jugak yer. So pikir sendirilah sedap ke idok. Korang tengok ni dah macam Seoul Garden dah kan?

Lazis aka lazat!!



Berbaloilah datang sini dengan harga murah dan makanan pun sedap. Kalo korang nak over2..mahal2 kekwat2 korang g makan kat hotel diam2 kay!


Hamboi yang sorang ni pun bukan main menikmati hidangan yer. Sedap kan kambing grill kekononnya tak makan kambing kan. Hiks! Untuk minuman ada pilihan air jambu, lemon tea dan juga minuman panas. Dan untuk dessert ada ice cream, btw yg rare nya ada gak ice cream pop!



Sebelum balik sempat bergambar dengan owner restoren ni. Memang mesra dan terbaik layanan dari dorang. Serius berbaloi makan kat sini! Untuk maklumat lanjut korang boleh godam fb Steamboat Rizqin & Grill ya. Selamat mencuba!

No 6&7, Gerai MBSB Jalan Kebun,
Seksyen 30 Shah Alam
Dibuka Selasa~Ahad
6.00pm-12.00am


Next time kita melantak lain pulak yer..joging nya bila pulop ek??




CONVERSATION

Instagram

Follow Us