LOMBOK TRIP - Day 4 (Sasak & Kuta Beaches Lombok Tour)

Untuk trip hari ke-4 di Lombok kami melawat Kampung Tenun Sukerare, Rumah Adat Lombok (Sade Village) dan pantai kuta lombok. Actually, banyak pantai2 yang cantik di Lombok. Kami cuma sempat melawat Pantai Selong Belanak dan Pantai Mawun je sb semuanya jauh2. So kena selektif nak melawat pantai yg mana.

Destinasi pertama ke Kampung Tenun Sukerare ambil masa 2jam perjalanan. Khabarnya gadis2 yg tak bisa menenun ngak bisa kahwin. So kalo nak bersuamikan lelaki Lombok, harus pandai tenun yer. Kami just window shopin ajelah kat sini. Sempat jugalah tengok demonstrasi menenun dari gadis Sukarare. Kagum yer..budak tadika pun dah pandai nenun. Korang time tadika apa je yang korang pandai kan?

Karya tenun Sukarare

Sesi photoshoot kali ni, model2 peragakan pakaian tenun. Haruslah lelaki2 Lombok terpesona dengan kecantikan model2 semua. Sampai cakap gadis Malaysia cantik2. Tu yang baju unggu paling outstanding sampai bapak tu pingin buat isteri. Tak pandai tenun pun tak apa katanya. Hiks.

Jgn tak balik sudeh!

Pandai adik ni menenun

Kemudian weols teruskan utk sesi mandi manda di pantai kuta lombok. Nak ke pantai pun ambik masa jauh ke pedalaman. Maklumlah, pantainya baru nak membangun. So kene lalu area kampung. Cuaca pun sgtlah panas kat sini. Katanya dah setahun tak hujan! Kalau tgk hutan dan bukit2 nya pun memang kering. Kuning je.. otw ke pantai penuh ladang tembakau.


Akhirnya sampai ke Pantai Selong Belanak. Breathtaking! Kat sini tempat nak belajar surfing. Ramaila abg2 mat saleh kat sini. Elok2 mcm baywatch gittew. Kami just posing2 je la kekonon tanned kan kulit. Panas ya rabbi.

 Selong Belanak

Fefelin luncur air


Bila memasing dah puas..kulit pun dah tanned kami menuju ke Pantai Mawun. Pantai Mawun pantai baru nak develop compare dgn Selong Belanak. Dengar je dari Malaysia, habis semua model kene serbu dengan penjual baju, kain tenun and so on. Hujung2 shopin kat sini jek. Kering kan bukit tu?

Nampak sosok model sedang berjalan


Selesai penggambaran di pantai, misi mencari makanan plak. Dah memasing kenyang teros lawatan ke Kampung Sasak. Terdapat beberapa kg tradisional sasak disini dan kami singgah di Rumah Adat Kampung Sade. Mcm nilah keadaan perkampungan sasak. Kebanyakannya dorang ni satu susur galur famili. Semua kawin dgn suku yang sama. Tak kahwin campur.

Sade Village



Kat sini pun dorang jual hasil tenun dan kain lombok utk ekonomi dorang. Semua mintak duit Ringgit buat kenangan katenyerr. Mcm biasalah kat sini..bila ada pelawat, tante2 pun dok la menenun dan menggulung kapas. Katanyer semua hand made. Tp mcm propa pun ada.


Eching2..

Tgk tante kat atas tu bukan main dia menggulung kapas. Walhal dah kuning dah kapasnye. Aritu tgk kt tv makcik ni jugak. Propa sgt!kikiki

Nampak tak? Sempat kak bel snap kt tv

Petang terakhir tu kami jalan2 sekitar pantai Senggigi kt belakang hotel. Tgk sunset and of course la makan jagung bakar. Jagung bakar perisa megi kari taw!. Malamnya, aktiviti kat bilik je sebab dah penat sambil tengok portfolio semua model. Hiks. Btw, untuk malam terakhir tetappp melepak kat Quick Chicken. Letssss ajak ketua delegasi!

Sunset pantai Senggigi


Melecur bibir sebab pedas!

Habis sudah hari ke-4. Esok dah nak balik. Lupa nak cerita hari pertama di Joje Bungalow tak boleh tidor yer. Krik krik. Kak Bel mcm bunyi somethin. Susah nak cakap. Tengok model sebelah dah tido. Kuatkan semangat sahaja kayy! Mungkin i sedang halusinasi kot. Hiks

To be continue..

Next > LOMBOK TRIP - Day 5 : Until We Meet Again Lombok










CONVERSATION

2 comments:

Hem said...

Nice story bella.. Waiting more story from u..

Bella Jamal said...

tq for viewing!

Instagram

Follow Us