LOMBOK TRIP - Day 2 (Gili Tour : Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air)

Bermulalah tour pertama hari ke-2 di Lombok untuk Tour Gili Mantra. Gili ni dorang cakap like Maldives of the East. Untuk Gili tour kami ke Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Perjalanan ke jeti Senggigi ambil masa dalam 45minit. Sepanjang perjalanan byk view2 menarik yang tak sempat dirakamkan. Memang cantik view pantai dorang dari atas bukit. Maklumlah dgn bentuk geografi gunung-ganang habis semua photo bergegar2. Termasuklah scene2 scary naik bukit pastu van macam nak meluncur ke bawah. Kecut perut bila dok belakang bas.

Dari Jeti Senggigi, dah boleh nampak 3 pulau Gili. Kami naik slow boat ke pulau Gili (about 20minutes). Sempat jugalah buat cabaran photoshoot atas bot tu. Nak tahu lebih lanjut, silalah streaming Next Top Model Lombok yer!

Jeti Senggigi

First, singgah di Gili Trawangan. Gili terbesar dan tercantik antara 3 gili. Mostly kebanyakan tourist lagi suka stay kat sini sebab happening. Penuh mat saleh! Elok2 plak tu.Hiks. Kalo kat Senggigi, kol 10pm pun dah sunyi sepi. Sedih tau! Tp aktiviti kami tak bnyak di Gili, takkan setiap kali nak tour nak kene naik bot dulu. Sampai sudah pun tak habis explore kan. Kalo dekat2 takpe la jugak. Kat Gili Trawangan dorang ada buat Turtle Conservation (Turtle Hatchery). Kat sini banyak je aktiviti boleh di buat : snorkelling, horse riding, naik cidomo, berkayat and etc. But kami just sightseeing je relax2 je kat. Tak sempat nak g tengok buaian kat Gili Trawangan untuk bergambar (famous spot). Korang boleh klik sini utk contoh aktiviti di Gili hokkey > http://bit.ly/1T0VObu



Hey uols nak amek pic i ke nak amek pic mat saleh tu ha??

Then dah habis pusing2 Gili Trawangan, off to Gili Meno untuk snorkelling dan lunch di Gili Air. Sebelum sampai, turun snorkelling bagi yg berminat. Air laut sejuk sangat walaupun cuaca panas terik. Iols memang duduk atas bot je sb memang takut air. Teringat Mbak Tera, dah macam rumpai laut dibuatnya dilanda arus dengan kesejukan melampau. Yang paling win ialah pak supir Pak Juaini. Selamba je terjun dengan pakaian superman (seluar kecik aje!). Nasib baik tak lemas semua model2.hahaha. Nasib tak berapa baik, sebab tak dapat nak snap pic turtle kat situ. Sampai hati turtle, lalu je kat area kami snorkel. Nampak je kami tros dia lari!

Sampai Gili Air untuk makan2 dan walk around. Kat sini pun ok bnyak tempat nak bergambar. Sampai ujung kampung kami berjalan utk photoshoot berlatarkan pulau dan bot2 kat sini yer. Sampai orang kampung pun kagum tengok model2 berikan pose2 sgt menarik dan berbisa kay!



Cidomo

Cabaran photoshoot kalender kuda happened kat sini


Spaghetti Bolognese Gili Air

Memasing pun dah tak larat sebab berpanas kat laut. Tak sabar nak balik untuk teruskan cabaran seterusnya. Btw, pemenang episod Gili ialah model dari KL Mbak Jijie kerana memberikan pose terbaik sepanjang boat pulang dari Gili ke jeti Senggigi. Tak panas ke uol jadi ship head?? haha. Otw balik sempat singgah di Art Market dan Lombok Exotic untuk souvenier, mutiara etc. Sampai Hotel Senggigi pun dah petang, so get ready untuk dinner time. Hotel cuma sediakan breakfast jek. Disebabkan malas dan penat nak ke Senggigi Town, weols cuma jalan2 area hotel je untuk makan malam.

Restoren yang ada memang semua mahal2. Sekali pegi usha kedai seafood berjuta2 IDR. Nama pun destinasi budget so cari tempat lain. Last2 kitaorang makan KFC Lombok. Quick Chicken yer nama dia. Motto dia "Renyah Harganya Serenyah Ayamnya". Ala-ala KFC la "Finger Lickin Good". Harganya not bad, murah dan makanan pun varieties. Tp mcm biasalah ayam nyer yg sgt haluss dan potion makanan yg sikit so terpaksa order dua hidangan. Haha. Gajah tak? Teh botol memang jadi rutin la sb murah. Sekali sedut je dah habis. waaaa.

Teh Botol 2x sedut je zass

Nampak tu motto "Renyah Harganya Serenyah Ayamnya"

Sebelah Quick Chicken ni ada kedai apam balik. Kat sini dorang panggil Martabak Terang Bulan. Tak taste sangat sebab manis, penuh lemak berkrim. Agak muak. Harga mahal jugalah banding dengan Quick Chicken. So memang sepanjang kat Lombok ni memang serbu Quick Chicken je la kejenyer disamping ada WiFi yang sayup2 je. Dahla lepak sampai pagi, kami je yang ada dengan 2,3 org pelancong lain. Sampai warga Lombok terpesona la sampai ajak g karaoke bagai, siap ajak g dangdut. Jgn dibuat hal yer, kang tak balik Malaysia.

Apam Balik Lombok

Korang ni nak g makan ke g mana nih? Manisss

Done hari kedua di Lombok








CONVERSATION

2 comments:

SITI MUNIRAH AHMAD said...

hahah. lawak gila yg mbak terra rumpai laut tu. hahahah

Bella Jamal said...

Hihi

Instagram

Follow Us